NAMA

:

NUR AINA BT ISHAK

Umur

:

34 Tahun

Ahli

:

2018

 

LATAR BELAKANG

Nur Aina Bt Ishak merupakan salah seorang pembantu jualan di pusat membeli belah yang sangat bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugas sehingga mendapat kenaikan pangkat setelah 5 tahun berkhidmat di tempat kerjanya pada baru-baru ini.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET (PI)

Sejurus selepas kenaikan pangkat, Nur Aina Bt Ishak mahu mengasahkan lagi kemahiran menggunakan komputer Oleh itu, beliau mengambil inisiatif dengan mengikuti segala aktiviti dan kelas komputer yang dijalankan di Pusat Internet (PI) Kg Senaling seperti mempelajari kemahiran asas komputer yang dijalankan. Di samping itu, beliau juga turut kerap bertanyakan soalan sekiranya ada sebarang quick access toolbar yang tidak diketahui kegunaannya.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET (PI)

Beliau telah menjadikan Pusat Internet (PI) Kg Senaling salah satu tempat untuk sentiasa mengasah asas kemahiran komputernya. Memandangkan pembayaran untuk masuk ke Pusat Internet (PI) biasa dan yuran kelas agak mahal, beliau telah menjadikan Pusat Internet (PI) sebagai pusat pembelajaran yang lebih efektif setanding dengan pembelajaran kelas ICT di tempat lain.

Nama

: NAZURATUL KHALEEDA BINTI WAHID

Umur

: 26 tahun

Ahli

: 2018

Latar belakang

Nazuratul Khaleeda Binti Wahid merupakan seorang suri rumah dan kini merupakan usahawan yang menjual produk makana secara atas talian iaitu pekasam daging dan pekasam telur sotong. Bermula dari seorang dropship beliau menjadi agen dan kini menjadi seorang stokis. Beliau menggunakan internet sebagai medium utama untuk menambahkan pendapatan dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap jualannya.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

Sebelum penglibatan dengan kelas ICT di PI beliau hanya menjual secara offline dan hanya menjual di pasar malam serta pasar tani sahaja. Pendapatan beliau juga kurang memberangsangkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

 

Beliau menghadirkan diri beberapa kali ke PI dan mula menyedari bahawa PI banyak manfaatnya. Beliau telah mendapatkan bimbingan untuk mempromosikan perniagaan secara atas talian. Oleh yang demikian, beliau telah didedahkan mengenai kelebihan mempromosi perniagaan di media sosial, dan turut belajar cara untuk menyediakan iklan untuk perniagaan. Selain daripada itu juga, Nazuratul Khaleeda Binti Wahid turut mempelajari kaedah promosi menggunakan laman sosial untuk meningkatkan hasil jualan beliau.

Nama

: NURUL FAZILAH BINTI ABDUL MULOP

Umur

: 22 tahun

Ahli

: 2019

 

Latar Belakang 

 

Nurul Fazilah Binti Abdul Mulop merupakan belia di Taman Bahagia Delima dan beliau juga salah seorang pelajar lepasan sekolah iaituSMK Senaling. Beliau sangat rajin dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan mahupun pekerjaan. Beliau juga merupakan sukarelawan Pusat Internet Kampung Senaling.

Beliau juga sentiasa memberi kerjasama yang baik apabila diminta untuk melakukan sesuatu tugasan terutama ketika hendak menjalankan sesuatu program.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum ini Nurul Fazilah Binti Abdul Mulop hanya melakukan tugasan harian di rumah dan pergi bekerja di sebuah kilang yang terletak di Seremban. Beliau akan menghabiskkan masa terluang dengan membantu adiknya mengulangkaji pelajaran. Kemudian, beliau mengambil inisiatif untuk mempelajari kemahiran komputer di PI Kg Senaling bersama-sama rakannya.

Oleh itu, beliau mengambil inisiatif dengan mengikuti segala aktiviti dan kelas komputer yang dijalankan di PI Kg Senaling seperti mempelajari kemahiran asas komputer yang dijalankan. Di samping itu, beliau juga turut kerap bertanyakan soalan sekiranya ada sebarang quick access toolbar yang tidak diketahui kegunaannya serta turut mempelajari teknik suntingan gambar.

     

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Beliau telah menjadikan PI Kg Senaling salah satu tempat untuk sentiasa mengasah asas kemahiran komputernya selepas habis bekerja di PI Kg Senaling memandangkan pembayaran untuk masuk ke pusat internet biasa dan yuran kelas agak mahal, beliau telah menjadikan PI sebagai pusat pembelajaran yang lebih efektif setanding dengan pembelajaran kelas ICT di tempat lain.

Nama

: NOOR AQILAH BINTI AB.RAHMAN

Umur

: 26 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Noor Aqilah Binti Ab.Rahman merupakan seorang usahawan kraftangan yang menerima tempahan untuk membuat quilling. Beliau menggunakan internet sebagai medium utama untuk menambahkan pendapatan. amat gemar berniaga sehingga menceburkan diri dalam dunia perniagaan semenjak menolong suami dan saudara-maranya yang turut menjalankan perniagaan. Harga jualannya sangat berpatutan dan beliau amat mementingkan kepuasan daripada pihak pelanggan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

 

Sebelum penglibatan dengan kelas ICT di PI beliau hanya membuat jualan secara online menggunakan media sosial seperti facebook dan instagram, namun beliau tidak mahir untuk mempromosikan produk jualan beliau di facebook.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

 

Beliau menghadirkan diri beberapa kali ke PI dan mula menyedari bahawa PI banyak manfaatnya. Beliau telah mendapatkan bimbingan untuk mempromosikan perniagaan secara atas talian beliau.Oleh yang demikian, beliau telah didedahkan mengenai kelebihan mempromosi perniagaan di media sosial, dan turut belajar cara untuk menyediakan iklan untuk perniagaan. Selain daripada itu juga, Noor Aqilah Binti Ab.Rahman turut mempelajari kaedah promosi menggunakan laman sosial untuk meningkatkan hasil jualan beliau.

Nama

: AZIZAH BINTI JELANI

Umur

: 43 tahun

Ahli

: 2013

 

Latar belakang

Puan Azizah Binti Jelani merupakan seorang usahawan yang mengusahakan pembuatan kuih-muih dan beliau juga turut aktif sebagai ahli jawatankuasa KOSPEN di Kampung Bemban. Beliau amat gemar berniaga sehingga menceburkan diri dalam dunia perniagaan semenjak menolong suami dan saudara-maranya yang turut menjalankan perniagaan. Harga jualannya sangat berpatutan dan beliau amat mementingkan kepuasan daripada pihak pelanggan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

 

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Puan Azizah Binti Jelani hanya berpandukan kuasa mulut orang setempat dan cadangan daripada pelanggan yang pernah mendapatkan khidmat perniagaannya.

 

Di samping itu, beliau turut menerima tempahan membuat kuih-muih dan lauk-pauk. Setelah didedahkan dengan kelebihan E-Dagang iaitu komuniti tempatan boleh membeli belah dan melakukan urusan harian dengan mudah dan cepat tanpa sempadan, kini beliau mempromosikan perniagaannya secara atas talian melalui Facebook, Whatsapp Status dan lain-lain lagi dengan lebih meluas.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

 

Beliau menghadirkan diri beberapa kali ke PI dan mula menyedari bahawa PI banyak manfaatnya. Beliau telah mendapatkan bimbingan untuk mempromosikan perniagaan secara atas talian beliau.

Oleh yang demikian, beliau telah didedahkan mengenai kelebihan mempromosi perniagaan di media sosial, dan turut belajar cara untuk menyediakan iklan untuk perniagaan. Selain daripada itu juga, Puan Azizah Binti Jelani turut mempelajari kaedah promosi menggunakan laman sosial untuk meningkatkan hasil jualan beliau.