Nama |
: NOOR AQILAH BINTI AB.RAHMAN |
Umur |
: 26 tahun |
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Noor Aqilah Binti Ab.Rahman merupakan seorang usahawan kraftangan yang menerima tempahan untuk membuat quilling. Beliau menggunakan internet sebagai medium utama untuk menambahkan pendapatan. amat gemar berniaga sehingga menceburkan diri dalam dunia perniagaan semenjak menolong suami dan saudara-maranya yang turut menjalankan perniagaan. Harga jualannya sangat berpatutan dan beliau amat mementingkan kepuasan daripada pihak pelanggan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Sebelum penglibatan dengan kelas ICT di PI beliau hanya membuat jualan secara online menggunakan media sosial seperti facebook dan instagram, namun beliau tidak mahir untuk mempromosikan produk jualan beliau di facebook.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Beliau menghadirkan diri beberapa kali ke PI dan mula menyedari bahawa PI banyak manfaatnya. Beliau telah mendapatkan bimbingan untuk mempromosikan perniagaan secara atas talian beliau.Oleh yang demikian, beliau telah didedahkan mengenai kelebihan mempromosi perniagaan di media sosial, dan turut belajar cara untuk menyediakan iklan untuk perniagaan. Selain daripada itu juga, Noor Aqilah Binti Ab.Rahman turut mempelajari kaedah promosi menggunakan laman sosial untuk meningkatkan hasil jualan beliau.