Nama

: NOR AZIAN BT MOHD ATAR

Umur

: 33 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Puan Nor Azian Binti Mohd Atar merupakan seorang usahawan dan merupakan pemilik kedai makanan nasi bajet yang terletak di Kampung Batu 46. Beliau membuat perniagaan secara kecil-kecilan di hadapan rumah sehingga membangunkan kedai sendiri di hadapan rumah. Pakej yang disediakan olehnya sangat berpatutan contohnya seperti pakej nasi bajet dan beliau amat mementingkan kepuasan pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Puan Nor Azian Binti Mohd Atar hanya berpandukan kuasa mulut orang setempat dan pelanggan yang pernah mendapatkan khidmatnya untuk mendapatkan tempahan katering.

Di samping itu berniaga di hadapan rumah, beliau turut mempelbagaikan menu makanan di gerainya supaya pelanggan akan sentiasa dapat membuat pilihan makanan. Beliau juga turut menerima tempahan makanan daripada pelanggan.

Sebelum terlibat dengan penggunaan ICT, pilihan juadah makanan Puan Nor Azian agak terhad. Setelah mendapat pendedahan di media sosial, idea perniagaan Puan Nor Azian semakin berkembang iaitu engan mengadakan set nasi bajet yang kini mendapat permintaan dalam kalangan pelanggannya. Beliau juga turut didedahkan dengan teknik mempromosi menu melalui Facebook dan lain-lain lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

Beliau menghadirkan diri beberapa kali ke PI dan mula menyedari bahawa PI banyak manfaatnya. Beliau telah mendapatkan bimbingan untuk membuat “copy writing” dalam mempromosikan perniagaan beliau.

Oleh yang demikian, beliau telah didedahkan mengenai kelebihan mempromosi perniagaan di media sosial, dan turut belajar cara untuk menyediakan iklan mengunakan “copy writing” untuk perniagaan. Selain daripada itu juga, Puan Nor Azian turut mempelajari kaedah promosi menggunakan laman sosial terutama Facebook iaitu iklan bergambar bagi menangkap perhatian pelanggan

Nama

: MUHAMMAD HAIKAL BIN MOHD ALI HANAFIAH

Umur

: 15 tahun

Ahli

: 2013

Latar belakang

Muhammad Haikal Bin Mohd Ali Hanafiah merupakan salah seorang pelajar sekolah iaitu SMK Senaling. Beliau sangat rajin dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan yang diberikan oleh guru-gurunya. Beliau juga sentiasa memberi kerjasama yang baik apabila ada rakan-rakan sekelas yang memerlukan bantuannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

Sebelum ini Muhammad Haikal Bin Mohd Ali Hanafiah hanya melakukan tugasan yang diberikan oleh gurunya di rumah sahaja sambil membantu adik-adiknya yang lain mengulangkaji di rumah dan apabila tiba hari bercuti, beliau bayak meluangkan masa di rumah menemani ibu dan bapanya berniaga. Setelah habis peperiksaan akhir tahun, beliau banyak meluangkan masa di rumah sahaja. Ibu dan ayahnya menasihati beliau agar melakukan sesuatu yang boleh meningkatkan kemahiran beliau.

Oleh itu, beliau mengambil inisiatif dengan mengikuti segala aktiviti dan kelas komputer yang dijalankan di PI Kg Senaling seperti mempelajari kemahiran asas komputer yang dijalankan. Di samping itu, beliau juga turut kerap bertanyakan soalan sekiranya ada sebarang quick access toolbar yang tidak diketahui kegunaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

Beliau telah menjadikan PI Kg Senaling salah satu tempat untuk sentiasa mengasah asas kemahiran komputernya selepas peperiksaan SPM di PI Kg Senaling memandangkan pembayaran untuk masuk ke pusat internet biasa dan yuran kelas agak mahal, beliau telah menjadikan PI sebagai pusat pembelajaran yang lebih efektif setanding dengan pembelajaran kelas ICT di tempat lain.

Nama

: NOOR FAIZAH BINTI MUSTAPA

Umur

: 45 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Puan Noor Faizah Binti Musatapa merupakan seorang usahawan dan merupakan pemilik Butik Andaman Pengantin. Beliau amat gemarkan seni sehingga menceburkan diri dalam dunia andaman pengantin semenjak 10 tahun yang lalu. Pakej yang disediakan olehnya sangat berpatutan dan beliau amat mementingkan kepuasan pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Puan Noor Faizah Binti Musatapa hanya berpandukan kuasa mulut orang setempat dan cadangan daripada pelanggan yang pernah mendapatkan khidmatnya untuk mendapatkan tempahan mengandam.

Di samping itu, beliau turut menerima tempahan pelamin majlis berandoi, pertunangan dan sebagainya yang sesuai dengan bajet pengantin. Setelah didedahkan dengan kelebihan E-Dagang iaitu komuniti tempatan boleh membeli belah dan melakukan urusan harian dengan mudah dan cepat tanpa sempadan, kini beliau mempromosikan hasil sentuhannya secara atas talian melalui Instagram, Facebook dan lain-lain lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

Beliau menghadirkan diri beberapa kali ke PI dan mula menyedari bahawa PI banyak manfaatnya. Beliau telah mendapatkan bimbingan untuk membuat laman khas khusus untuk mempromosikan butik andaman pengantin beliau.

Oleh yang demikian, beliau telah didedahkan mengenai kelebihan mempromosi perniagaan di media sosial, dan turut belajar cara untuk menyediakan iklan untuk perniagaan. Selain daripada itu juga, Puan Noor Faizah Binti Musatapa turut mempelajari kaedah promosi menggunakan laman sosial terutama menggunakan Facebook page untuk meningkatkan tempahan mengamdam dari butik beliau.

Nama

: NURUL FARIZA BINTI MOHD RADZI

Umur

: 28 tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Cik Nurul Fariza Binti Mohd Radzi merupakan seorang usahawan atas talian dan merupakan kerani di Pejabat ADUN Senaling. Beliau amat gemar berniaga sehingga menceburkan diri dalam dunia perniagaan semenjak menolong bapanya yang menjalankan perniagaan kedai runcit. Harga jualannya sangat berpatutan dan beliau amat mementingkan kepuasan daripada pihak pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Cik Nurul Fariza Binti Mohd Radzi hanya berpandukan kuasa mulut orang setempat dan cadangan daripada pelanggan yang pernah mendapatkan khidmat perniagaannya.

Di samping itu, beliau turut menjadi dropship dan menerima tempahan membuat kuih-muih, baju kurung dan sebagainya. Setelah didedahkan dengan kelebihan E-Dagang iaitu komuniti tempatan boleh membeli belah dan melakukan urusan harian dengan mudah dan cepat tanpa sempadan, kini beliau mempromosikan perniagaannya secara atas talian melalui Instagram, Facebook dan lain-lain lagi dengan lebih meluas.

: NOR HAZIRAH BINTI MOHAMMAD RAZIF

Umur

: 18 tahun

Ahli

: 2019

Latar belakang

Nor Hazirah Binti Mohammad Razif merupakan salah seorang pelajar lepasan sekolah iaitu SMK Senaling. Beliau sangat rajin dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan yang diberikan oleh guru-gurunya. Beliau juga merupakan calon pelajar harapan cemerlang SPM 2018.

Beliau juga sentiasa memberi kerjasama yang baik apabila ada rakan-rakan sekelas yang memerlukan bantuannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

Sebelum ini Nor Hazirah Binti Mohammad Razif hanya melakukan tugasan yang diberikan oleh gurunya di rumah sahaja sambil membantu adik-adiknya yang lain mengulangkaji di rumah dan apabila tiba hari bercuti, beliau bayak meluangkan masa di rumah menemani ibunya. Setelah habis peperiksaan SPM, beliau banyak meluangkan masa di rumah sahaja. Ibu dan ayahnya menasihati beliau agar melakukan sesuatu yang boleh meningkatkan kemahiran beliau.