Nama

: NOR AZIAN BT MOHD ATAR

Umur

: 33 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Nor Azian Binti Mohd Atar merupakan seorang usahawan dan merupakan pemilik kedai makanan nasi bajet yang terletak di Kampung Batu 46. Beliau membuat perniagaan secara kecil-kecilan di hadapan rumah sehingga membangunkan kedai sendiri di hadapan rumah. Pakej yang disediakan olehnya sangat berpatutan contohnya seperti pakej nasi bajet dan beliau amat mementingkan kepuasan pelanggan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

 

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Puan Nor Azian Binti Mohd Atar hanya berpandukan kuasa mulut orang setempat dan pelanggan yang pernah mendapatkan khidmatnya untuk mendapatkan tempahan katering.

 

Di samping itu berniaga di hadapan rumah, beliau turut mempelbagaikan menu makanan di gerainya supaya pelanggan akan sentiasa dapat membuat pilihan makanan. Beliau juga turut menerima tempahan makanan daripada pelanggan.

 

Sebelum terlibat dengan penggunaan ICT, pilihan juadah makanan Puan Nor Azian agak terhad. Setelah mendapat pendedahan di media sosial, idea perniagaan Puan Nor Azian semakin berkembang iaitu engan mengadakan set nasi bajet yang kini mendapat permintaan dalam kalangan pelanggannya. Beliau juga turut didedahkan dengan teknik mempromosi menu melalui Facebook dan lain-lain lagi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

 

Beliau menghadirkan diri beberapa kali ke PI dan mula menyedari bahawa PI banyak manfaatnya. Beliau telah mendapatkan bimbingan untuk membuat “copy writing” dalam mempromosikan perniagaan beliau.

Oleh yang demikian, beliau telah didedahkan mengenai kelebihan mempromosi perniagaan di media sosial, dan turut belajar cara untuk menyediakan iklan mengunakan “copy writing” untuk perniagaan. Selain daripada itu juga, Puan Nor Azian turut mempelajari kaedah promosi menggunakan laman sosial terutama Facebook iaitu iklan bergambar bagi menangkap perhatian pelanggan