Nama |
: Nor Lela Binti Md. Saidak |
Umur |
: 43 tahun |
Ahli |
: 2020 |
Latar belakang
Puan Norlela mempunyai komitmen yang amat tinggi dalam perniagaan online. Dengan berbekal ilmu yang dipelajari dan bakat yang sedia ada beliau memulakan perniagaan online dengan menjalankan perniagaan kek kukus dan pencuci mulut untuk majlis tertentu seperti muffin coklat, kek hari jadi, pavlova,baby macaroon dan macam-macam lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya, Puan Nor Lela yang mendaftar ahli di PI Senaling dan mula menyertai kelas ICT anjuran PI. Berumur lingkungan 40-an, beliau adalah pengusaha aneka kek dan pencuci mulut. Beliau mempelajari modul pembelajaran yang disediakan di PI, iaitu asas komputer, pengenalan internet dan mendaftar akaun e-mel. Selain itu, beliau juga turut diajar tentang online marketing dan Facebook Ads menggunakan media sosial seperti Facebook untuk memasarkan perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Setelah mengikuti beberapa bengkel dan kelas ICT selama dua bulan, beliau kini yakin untuk memasarkan perniagaan secara atas talian. Beliau kini, dapat menguruskan perniagaan secara atas talian di samping dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga tanpa perlu bersusah mengiklankan perniagaan secara offline. Kemudahan untuk mendapatkan pelanggan di media sosial tanpa mengira bangsa, tempat dan jarak membolehkannya mencapai sasaran pelanggan dengan mudah.
Nama |
: Nor Adiba Husna Bin Sahrir |
Umur |
: 23 tahun |
Ahli |
: 2019 |
Latar belakang
Nor Adiba Husna Bin Sahrir merupakan salah sorang usahawan yang mengusahakan perniagaan menjual kerepek secara bundle. Beliau mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi dan rajin berusaha. Atas dorongan rakan-rakan, beliau membuka perniagaan menjual kerepek secara bundle. Kini beliau aktif dalam mengusahakan perniagaan bundle miliknya. Perniagaan ini telah memberikan pendapatan lebihan kepada beliau bersama keluarganya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Beliau mengendalikan perniagaan barangan terpakai menggunakan konsep Carboot Sale di sekitar kawasan Kuala Pilah dan yang berdekatan atau memuatnaik di status WhatsApp sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Penggunaan internet membantu beliau dalam memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan. Beliau menggunakan laman social seperti Facebook untuk mempromosikan kerepek yang dijual kepada orang ramai. Nor Adiba Husna telah berjaya memperolehi pendapatan sendiri dengan anggaran sebanyak 3-4 angka sebulan. Beliau telah memulakan perniagaan berorientasikan rumah, atas talian dan penghantaran.
Nama |
: Omar Syahiddin |
Umur |
: 35 tahun |
Ahli |
: 2020 |
Latar belakang
Encik Omar Syahiddin merupakan salah sorang usahawan yang mengusahakan perniagaan produk salai seperti keli, puyuh, daging dan ayam. Beliau telah berjinak dalam dunia perniagaan sejak tahun 2014 secara sambilan. Oleh kerana tekanan taraf ekonomi yang semakin meningkat beliau berusaha keras untuk meningkat lagi pendapatan sampingan dengan memperluaskan lagi empayar perniagaan secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Sebelum penglibatan dengan kelas ICT di PI beliau hanya menjual di gerai miliknya, jual di pasar tani dan meletakkan di pasar yang terpilih. Oleh kerana tekanan taraf ekonomi yang semakin meningkat beliau berusaha keras untuk meningkatkan lagi pendapatan sampingan dengan memperluaskan lagi empayar perniagaan secara atas talian. Sebelum penggunaan ICT, Encik Omar hanya memasarkan produk jualan secara terus di rumah dan juga tempahan dari jiran tetangga di kawasan sekitar dan memiliki pendapatan kurang dari RM300 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Kini beliau giat memasarkan produk salai miliknya dan menjadikan internet sebagai salah satu platform untuk mengedar dan mempromosikan produk-produk iaitu melalui rangkaian media sosial seperti shopee, facebook dan instagram.
Nama |
: Norizan Binti Ahmad |
Umur |
: 55 tahun |
Ahli |
: 2014 |
Latar belakang
Puan Norizan Binti Ahmad merupakan salah seorang guru KAFA di SK Kepis. Beliau sangat rajin dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan yang diberikan dalam mendidik anak-anak muridnya. Beliau juga sentiasa memberi kerjasama yang baik apabila ada muridnya yang memerlukan bantuannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Sebelum ini Puan Norizan Binti Ahmad hanya melakukan tugasan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya seperti kebiasaan sahaja iaitu hanya melalui pembelajaran di dalam kelas.
Setelah negara gempar dilanda COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pembelajaran di dalam kelas terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Beliau hanya meneruskan pembelajaran selanjutnya melalui whatsapp dengan bimbingan ibu bapa dan penjaga murid-muridnya.
Setelah PI dibenarkan untuk beroperasi kembali, beliau mengambil inisiatif untuk belajar semula kemahiran komputer yang beliau telah lemah. Di samping itu, beliau juga turut kerap bertanyakan soalan sekiranya ada sebarang quick access toolbar yang tidak diketahui kegunaannya dan membuat catatan. Beliau turut mempelajari bagaimana cara untuk membuat pembelajaran secara atas talian melalui “Google Meet” dengan bantuan petugas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Beliau telah menjadikan PI Kg Senaling salah satu tempat untuk sentiasa mencari ilmu dan belajar semula asas kemahiran komputernya di PI Kg Senaling walaupun beliau seorang guru. Memandangkan beliau merupakan ahli PI, maka beliau tidak perlu lagi risau tentang pembayaran untuk masuk ke pusat internet lain yang biasanya yuran kelas agak mahal. Beliau telah menjadikan PI sebagai pusat pembelajaran yang lebih efektif setanding dengan pembelajaran kelas ICT di tempat lain.
Nama |
: KHAIRUNISA BINTI ZULHISAM |
Umur |
: 19 tahun |
Ahli |
: 2015 |
Latar belakang
Khairunisa Binti Zulhisam merupakan seorang pelajar universiti sepenuh masa.Beliau menceburi bidang perniagaan ketika beliau sedang belajar bermula sebagai seorang dropship dan ingin mencari wang saku lebih bagi menampung perbelanjaan ketika di IPT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Sebelum penglibatan dengan kelas ICT di PI beliau hanya menjual secara offline dan hanya menjual kepada rakan-rakannya sahaja. Perniagaan beliau tidaklah memberansangkan pada mulanya sehingga beliau didedahkan oleh petugas pusat internet tentang Modul Keusahawanan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan termasuk cara mengambil gambar dan video produk dengan betul bagi menarik lebih ramai pelanggan. Malah, selepas menggunakan platform e-dagang berlaku peningkatan jualan berganda berbanding perniagaan secara statik.