Nama |
: MUHAMMAD HAIKAL BIN MOHD ALI HANAFIAH |
Umur |
: 15 tahun |
Ahli |
: 2013 |
Latar belakang
Muhammad Haikal Bin Mohd Ali Hanafiah merupakan salah seorang pelajar sekolah iaitu SMK Senaling. Beliau sangat rajin dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan yang diberikan oleh guru-gurunya. Beliau juga sentiasa memberi kerjasama yang baik apabila ada rakan-rakan sekelas yang memerlukan bantuannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Sebelum ini Muhammad Haikal Bin Mohd Ali Hanafiah hanya melakukan tugasan yang diberikan oleh gurunya di rumah sahaja sambil membantu adik-adiknya yang lain mengulangkaji di rumah dan apabila tiba hari bercuti, beliau bayak meluangkan masa di rumah menemani ibu dan bapanya berniaga. Setelah habis peperiksaan akhir tahun, beliau banyak meluangkan masa di rumah sahaja. Ibu dan ayahnya menasihati beliau agar melakukan sesuatu yang boleh meningkatkan kemahiran beliau.
Oleh itu, beliau mengambil inisiatif dengan mengikuti segala aktiviti dan kelas komputer yang dijalankan di PI Kg Senaling seperti mempelajari kemahiran asas komputer yang dijalankan. Di samping itu, beliau juga turut kerap bertanyakan soalan sekiranya ada sebarang quick access toolbar yang tidak diketahui kegunaannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Beliau telah menjadikan PI Kg Senaling salah satu tempat untuk sentiasa mengasah asas kemahiran komputernya selepas peperiksaan SPM di PI Kg Senaling memandangkan pembayaran untuk masuk ke pusat internet biasa dan yuran kelas agak mahal, beliau telah menjadikan PI sebagai pusat pembelajaran yang lebih efektif setanding dengan pembelajaran kelas ICT di tempat lain.