BUKIT-SIKAI

Merupakan tempat pendakian yang terletak di Sri Menanti Kuala Pilah. Pendakian hanya mengambil masa 30 minit kerana laluannya yang agak mudah. Pendaki akan dihidangkan dengan udara yang sejuk dan pemandangan yang menarik

DESTAR

Terletak di antara jalan Seremban – Kuala Pilah di kilometer 15. Dastar ini direka bentuk oleh Dato Besar Mohd bin Ibrahim @ Dato Laksamana Suhur Tiga Batu dari Suku Tuga Batu sebagai tanda rasmi Tuanku Mohammad Ibni Almarhum Tuanku Antah sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dari tahun 1898 hingga 1933. Kini ia sebagai tanda rasmi untuk untuk memperingati Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung.

TUGU

Selain keunikan seni bina Bandar Diraja Seri Menanti, terdapat satu lagi tempat menarik di Kuala Pilah yang meninggalkan memori sejarah yang kuat semasa era pemerintahan Martin Lister, Residen British yang pertama di Negeri Sembilan, iaitu Tugu Lister. Ramai yang beranggapan bahawa tugu ini seperti tempat ibadat atau tokong cina. Namun sebenarnya ia adalah sebuah tugu untuk memperingati jasa dan pengorbanan Martin Lister semasa insiden beliau berjalan disitu untuk menamatkan sebuah konflik.

Anda nak tahu tak konflik apa? Konflik yang terjadi adalah konflik kongsi gelap Cina yang berleluasa di kalangan penduduk Cina asing yang semakin parah. Akhirnya Martin Lister di bunuh oleh musuhnya berhampiran sebuah bukit di Ulu Bendul.

KUIL

Kuil ini terletak berhampiran dengan  Jalan Melang, Kuala Pilah. Pada asalnya, struktur kuil ini adalah terdiri daripada empat tiang  dan atapnya di buat daripada daun  pokok kelapa dan di dirikan oleh En.Viswanathan Mudaliyar di tanahnya seluas 1.253 ekar yang di penuhi dengan tanaman Pokok Kelapa. Pada peringkat awal VEL symbol bagi tuhan muruga telah di sematkan pada tahun 1896. Semenjak dari hari tersebut kuil tersebut telah berkembang menjadi satu tempat ibadat bagi penganut hindu di daerah Kuala Pilah.

Kuala Pilah terkenal sebagai pusat pelancongan kebudayaan dengan seni warisan Adat Perpatihnya selain dari tempat rekreasi dan gelaran "Bandar Diraja di Negeri Sembilan".

Penduduknya yang berpegang kuat pada adat perpatih dan ianya tidak dapat disangkal lagi. Mungkin adat perpatih jarang diamalkan, tetapi pegangan kepada adat-adat lain dan keseniannya masih dikekalkan dan ia semakin terkenal sehingga kini.

"BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT" pepatah yang begitu sinonim dengan Negeri Sembilan kerana ianya bukan kata-kata kosong, tetapi mempunyai makna yang mendalam dan masih dikekalkan hingga ke zaman penuh dengan kemodenan ini.