Nama |
: |
NURUL HASMAWIYAH BT IBRAHIM |
Umur |
: |
25 Tahun |
Ahli |
: |
2014 |
LATAR BELAKANG
Pn Hasmawiyah merupakan seorang suri rumah. Beliau menjual pencuci mulut seperti kek pavlova di atas talian.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet (PI), Pn Hasmawiyah hanya menerima tempahan melalui telefon. Beliau juga kurang pengetahuan untuk memasarkan kek pavlova nya. Sebulan hanya 1 hingga 2 pelanggan sahaja yang menempah kek pavlova nya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Beliau sering menghadirkan diri ke Pusat Internet (PI) Kg Senaling untuk melibatkan diri dalam bengkel latihan keusahawanan dan Program Intel® Learn Easy Step dan Entrepreneurship Basic. Beliau dilatih dalam penggunaan asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web dan blog. Selain itu, beliau turut didedahkan mengenai kelebihan mempromosi perniagaan di media sosial, dan turut belajar cara untuk menyediakan iklan untuk perniagaan.
Dengan adanya kemudahan internet ini, perniagaan beliau semakin meluas. Kini, perniagaannya semua dipromosikan di atas talian. Pelanggan beliau meningkat sebulan sehingga lebih 10 orang yang menempah kek pavlova.
Nama |
: |
SITI NURAIN BT ROSLI |
Umur |
: |
18 Tahun |
Ahli |
: |
2013 |
LATAR BELAKANG
Siti Nurain Bt Rosli merupakan salah seorang pelajar SMK Senaling yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini, dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Pahang dalam jurusan Teknologi Maklumat. Selain itu, beliau juga merupakan seorang pelajar yang pintar serta penuh dedikasi dan juga merupakan seorang pengawas sekolah.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Sebelum ini Siti Nurain Bt Rosli hanya mengulangkaji pelajaran dirumah, tetapi tidak mencukupi untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan beliau.
Oleh itu, beliau mengambil inisiatif dengan mengikuti segala aktiviti dan kelas komputer yang dijalankan di Pusat Internet (PI) Kg Senaling seperti mencari soalan peperiksaan SPM dan mengikuti kelas tuisyen yang diajar oleh petugas Pusat Internet (PI). Di samping itu, beliau juga turut membuat ‘study group’ di dalam Pusat Internet (PI) bersama kawan-kawannya untuk bertukar idea dan pendapat.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Beliau telah menjadikan Pusat Internet (PI) Kg Senaling salah satu tempat untuk mengulangkaji pelajaran dan mencari maklumat berkaitan pelajaran yang dipelajari di sekolah. Beliau juga turut mengikuti aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet (PI). Memandangkan jarak untuk ke perpustakaan desa agak jauh dari kediamannya, beliau telah menjadikan Pusat Internet (PI) sebagai pusat perbincangan dan mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakannya.
Nama |
: |
NURHANI NADIRAH BT MUHAMAD DARUS |
Umur |
: |
30 Tahun |
Ahli |
: |
2015 |
LATAR BELAKANG
Puan Nurhani Nadirah Bt Muhamad Darus merupakan seorang suri rumah. Beliau mempunyai sebuah ‘homestay’.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet (PI), Pn Nurhani hanya menerima tempahan melalui telefon. Beliau juga kurang pengetahuan untuk memasarkan ‘homestay’ nya. Sebulan hanya 1 hingga 2 pelanggan sahaja yang menempah ‘homestay’ nya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Beliau sering menghadirkan diri ke Pusat Internet (PI) Kg Senaling untuk melibatkan diri dalam bengkel latihan keusahawanan dan Program Intel® Learn Easy Step dan Entrepreneurship Basic. Beliau dilatih dalam penggunaan asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web dan blog. Selain itu, beliau turut didedahkan mengenai kelebihan mempromosi perniagaan di media sosial, dan turut belajar cara untuk menyediakan iklan untuk perniagaan.
Dengan adanya kemudahan internet ini, perniagaan beliau semakin meluas. Kini, perniagaannya semua dipromosikan di atas talian. Pelanggan beliau meningkat sebulan sehingga lebih 4 orang yang menempah ‘homestay’.
Nama |
: |
NORAZLINA BT MAHMOOD |
Umur |
: |
45 Tahun |
Ahli |
: |
2017 |
LATAR BELAKANG
Puan Norazlina Bt Mahmood yang berusia 45 tahun, merupakan seorang suri rumah. Beliau juga amat gemar membuat roti dan kek. Beliau berniaga menjual kek secara kecil-kecilan di rumah.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan dengan aktivit dan kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet (PI), Puan Norazlina Bt Mahmood hanya menjual kek dan aneka roti secara kecil-kecilan.
Kemudian, apabila didedahkan dengan kelebihan E-Dagang, iaitu komuniti tempatan boleh membeli belah dan melakukan urusan harian dengan mudah dan cepat tanpa sempadan, kini beliau berjaya mempromosikan roti dan kek miliknya secara atas talian. Pendapatan beliau juga turut bertambah. Sebelum menggunakan internet pendapatannya hanya RM100 hingga RM200 sebulan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Selepas menjadi ahli Pusat Internet (PI) Kg Senaling, beliau mula menyedari bahawa Pusat Internet (PI) merupakan satu pusat pembelajaran komputer, latihan ICT yang diberikan adalah percuma kepada ahli-ahli Pusat Internet (PI). Selain itu, beliau juga dapat meningkatkan lagi tahap kemahiran ICT serta turut dapat mengikuti latihan asas keusahawanan untuk memudahkan beliau mempromosikan roti dan kek di atas talian dari semasa ke semasa.
Beliau kini telah menjadikan facebook sebagai satu medium penting untuk mempromosikan roti dan kek dan menerima banyak tempahan untuk jamuan serta kenduri-kenduri kahwin. Pendapatannya meningkat sehingga RM600 sebulan.