NAMA |
: |
MOHD NORSAHLY BIN MOHD SOMER |
Umur |
: |
36 Tahun |
Ahli |
: |
2018 |
LATAR BELAKANG
Mohd Norsahly Bin Mohd Somer merupakan salah seorang pekerja di sebuah kilang Seremban yang sangat bertanggungjawab dan berdedikasi dalammenjalankan tugas sehingga mendapat kenaikan pangkat di kilangnya setelah 10 tahun berkhidmat di bahagian operasi pada baru-baru ini.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET (PI)
Sebelum ini Mohd Norsahly Bin Mohd Somer hanya menjalankan kerja-kerja di kilang dan apabila tiba hari bercuti, beliau bayak meluangkan masa di rumah menemani ibunya. Akan tetapi, beliau telah dinasihati ibunya untuk meningkatkan lagi kemahiran komputer beliau.
Oleh itu, beliau mengambil inisiatif dengan mengikuti segala aktiviti dan kelas komputer yang dijalankan di Pusat Internet (PI) Kg Senaling seperti mempelajari kemahiran asas komputer yang dijalankan. Di samping itu, beliau juga turut kerap bertanyakan soalan sekiranya ada sebarang quick access toolbar yang tidak diketahui kegunaannya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET (PI)
Beliau telah menjadikan Pusat Internet (PI) Kg Senaling salah satu tempat untuk sentiasa mengasah asas kemahiran komputernya. Memandangkan pembayaran untuk masuk ke Pusat Internet (PI) biasa dan yuran kelas agak mahal, beliau telah menjadikan Pusat Internet (PI) sebagai pusat pembelajaran yang lebih efektif setanding dengan pembelajaran kelas ICT di tempat lain.
USAHAWAN MAKANAN
Nama |
: Roshamziela Bt Zakaria |
Umur |
: 27 tahun |
Ahli |
: 2014 |
Latar belakang
Cik Roshamziela Binti Zakaria, merupakan seorang pekerja sektor swasta dan amat gemar berniaga. Beliau berniaga menjual kuih kapit yang dibuat oleh ibunya di atas talian
Sebelum penggunaan ict/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet (PI), Cik Roshamziela Binti Zakaria hanya menjual secara kecil-kecilan kepada jiran tetangga dan hanya menghantar stok kuih kapitnya di kedai sahaja.
Kemudian, apabila didedahkan dengan kelebihan E-Dagang iaitu komuniti tempatan boleh membeli belah dan melakukan urusan harian dengan mudah dan cepat tanpa sempadan, kini beliau mempromosikan kuih kapit secara atas talian. Pendapatan beliau juga turut bertambah. Sebelum menggunakan internet pendapatannya RM300 hingga RM400 sebulan
Selepas penggunaan ict/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Selepas menjadi ahli Pusat Internet (PI), beliau mula menyedari bahawa Pusat Internet (PI) merupakan satu pusat pembelajaran komputer, latihan ICT yang diberikan adalah percuma kepada ahli-ahli Pusat Internet (PI). Selain itu, beliau juga dapat meningkatkan lagi tahap kemahiran ICT serta turut dapat mengikuti latihan asas keusahawanan untuk memudahkan beliau mempromosikan kuih kapit di atas talian dari semasa ke semasa.
Beliau kini telah menjadikan facebook sebagai satu platform penting untuk mempromosikan kuih kapit dan menerima banyak tempahan. Pendapatannya meningkat sehingga RM800 sebulan.
Nama |
: |
NURUL SALSABILA BATRISYIA ANUAR |
Umur |
: |
12 Tahun |
Ahli |
: |
2016 |
LATAR BELAKANG
Nurul Salsabila merupakan salah seorang pelajar SK Senaling yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR baru-baru ini,. Selain itu, beliau juga merupakan seorang pelajar yang pintar serta penuh dedikasi dan juga merupakan seorang pengawas sekolah.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET (PI)
Sebelum ini Nurul Salsabilahanya mengulangkaji pelajaran dirumah, tetapi tidak mencukupi untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan beliau.
Oleh itu, beliau mengambil inisiatif dengan mengikuti segala aktiviti dan kelas komputer yang dijalankan di Pusat Internet (PI) seperti mencari soalan peperiksaan UPSR dan mengikuti kelas tuisyen yang diajar oleh petugas Pusat Internet (PI). Di samping itu, beliau juga turut membuat ‘study group’ di dalam Pusat Internet (PI) bersama kawan-kawannya untuk bertukar idea dan pendapat.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET (PI)
Beliau telah menjadikan Pusat Internet (PI) salah satu tempat untuk mengulangkaji pelajaran dan mencari maklumat berkaitan pelajaran yang dipelajari di sekolah. Beliau juga turut mengikuti aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet (PI). Memandangkan jarak untuk ke perpustakaan desa agak jauh dari kediamannya, beliau telah menjadikan Pusat Internet (PI) sebagai pusat perbincangan dan mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakannya.
USAHAWAN MAKANAN
Nama |
: Noor Juliana Bt Mat Jais |
Umur |
: 33 tahun |
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Puan Noor Juliana Bt Mat Jais merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak dan merupakan sorang suri rumah sepenuh masa. Beliau gemar mengisi masa lapangnya dengan memasak aneka makanan seperti lauk-pauk dan pencuci mulut.
Sebelum penggunaan ict/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet (PI), Puan Noor Juliana Bt Mat Jais hanya menjual makanan dan lauk-pauk yang dimasak di hadapan rumahnya sahaja. Selain itu beliau juga turut menerima tempahan dari jiran tetangga sekiranya ada jamuan atau kenduri.
Beliau juga kurang pengetahuan untuk memasarkan makanannya secara atas talian dan hanya menjual kepada kenalannya sahaja.
Selepas penggunaan ict/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Beliau sering menghadirkan diri ke Pusat Internet (PI) Kg Senaling untuk melibatkan diri dalam bengkel latihan keusahawanan dan Program Intel® Learn Easy Step dan Entrepreneurship Basic.
Beliau dilatih dalam penggunaan asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman social seperti facebook. Selain itu, beliau turut didedahkan mengenai kelebihan mempromosi perniagaan di media sosial, dan turut belajar cara untuk menyediakan iklan untuk perniagaan.
Nama |
: |
NUR AMIRA AIREEN BINTI ISMAIL |
Umur |
: |
24 Tahun |
Ahli |
: |
2014 |
LATAR BELAKANG
Cik Aireen 24 tahun, merupakan seorang pelajar. Beliau juga amat gemar berniaga. Beliau berniaga menjual takoyaki di atas talian.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET (PI)
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet (PI), Cik Aireen hanya menjual secara kecil-kecilan. Kemudian, apabila didedahkan dengan kelebihan E-Dagang iaitu komuniti tempatan boleh membeli belah dan melakukan urusan harian dengan mudah dan cepat tanpa sempadan, kini beliau mempromosikan takoyaki nya secara atas talian. Pendapatan beliau juga turut bertambah. Sebelum menggunakan internet pendapatannya RM100 hingga RM200 sebulan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET (PI)
Selepas menjadi ahli Pusat Internet (PI) Kg Senaling, beliau mula menyedari bahawa Pusat Internet (PI) merupakan satu pusat pembelajaran komputer, latihan ICT yang diberikan adalah percuma kepada ahli-ahli Pusat Internet (PI). Selain itu, beliau juga dapat meningkatkan lagi tahap kemahiran ICT serta turut dapat mengikuti latihan asas keusahawanan untuk memudahkan beliau mempromosikan takoyaki di atas talian dari semasa ke semasa.
Beliau kini telah menjadikan facebook sebagai satu medium penting untuk mempromosikan takoyaki dan menerima banyak tempahan. Pendapatannya meningkat sehingga RM400 sebulan.