Nama

: NOOR FAIZAH BINTI MUSTAPA

Umur

: 45 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Noor Faizah Binti Musatapa merupakan seorang usahawan dan merupakan pemilik Butik Andaman Pengantin. Beliau amat gemarkan seni sehingga menceburkan diri dalam dunia andaman pengantin semenjak 10 tahun yang lalu. Pakej yang disediakan olehnya sangat berpatutan dan beliau amat mementingkan kepuasan pelanggan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Puan Noor Faizah Binti Musatapa hanya berpandukan kuasa mulut orang setempat dan cadangan daripada pelanggan yang pernah mendapatkan khidmatnya untuk mendapatkan tempahan mengandam.

Di samping itu, beliau turut menerima tempahan pelamin majlis berandoi, pertunangan dan sebagainya yang sesuai dengan bajet pengantin. Setelah didedahkan dengan kelebihan E-Dagang iaitu komuniti tempatan boleh membeli belah dan melakukan urusan harian dengan mudah dan cepat tanpa sempadan, kini beliau mempromosikan hasil sentuhannya secara atas talian melalui Instagram, Facebook dan lain-lain lagi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

Beliau menghadirkan diri beberapa kali ke PI dan mula menyedari bahawa PI banyak manfaatnya. Beliau telah mendapatkan bimbingan untuk membuat laman khas khusus untuk mempromosikan butik andaman pengantin beliau.

Oleh yang demikian, beliau telah didedahkan mengenai kelebihan mempromosi perniagaan di media sosial, dan turut belajar cara untuk menyediakan iklan untuk perniagaan. Selain daripada itu juga, Puan Noor Faizah Binti Musatapa turut mempelajari kaedah promosi menggunakan laman sosial terutama menggunakan Facebook page untuk meningkatkan tempahan mengamdam dari butik beliau.