KUALA PILAH
Kuala Pilah merupakan satu daripada tujuh daerah yang terdapat di Negeri Sembilan iaitu Kuala Pilah, Jelebu, Johol, Tampin, Rembau, Port Dikson dan Seremban.Kedudukan kuala Pilah adalah terletak dibahagian tengah Negeri Sembilan iaitu diantara Bahau dan Seremban yang juga dikenali sebagai" pekan kecil" dengan keluasan 109,039.58 hektar.
Kuala Pilah terdiri daripada tiga jenis kampung iaitu Kampung Tradisional, Kampung Baru dan juga Kampung Orang Asli. Kampung Tradisional ini merupakan tanah pusaka yang biasanya didiami oleh golongan melayu manakala kampung baru biasanya didiami oleh tiga kaum terbesar di Malaysia. Kampung Orang Asli pula didiami oleh masyarakat orang asli.
Berdasarkan pada statistik tahun 2000,penduduk daerah kuala Pilah adalah seramai 63,541 orang iaitu iaitu 7.66% daripada jumlah penduduk Negeri Sembilan(829,774). Dengan kadar pertumbuhan 1.8% setahun, penduduk Kuala Pilah pada Tahun 2006 dianggarkan sebanyak 70,403 orang.Walaubagaimanapun, mengikut kiraan semasa pilihan raya Umum Tahun 2003 oleh Jabatan Penerangan mendapati anggaran penduduk Kuala Pilah adalah sebanyak 77,448 orang.
(Sumber: http://www.mdkp.gov.my/ms/pelawat/info-kuala-pilah)
KAMPUNG SENALING
Asal-usul nama Kg Senaling pada awalnya diterokai oleh orang tua-tua melayu anggaran dalam kurun ke-17.Mereka ini bersuku-suku dan berpegang kepada Adat Pepatih dari Minangkabau Sumatera.Suku Paya Kumbuh Senaling telah meneroka di Ulu Senaling, Solok Maasop serta Kampung Perigi Jernih.
Dalam masa menebang hutan, didapati banyak pokok buluh beruas kecil panjang lebih kurang 2 kaki.Buluh ini dikenali sebagai buluh semeling. Dengan itu, mereka berpakat lalu menamakan Kampung Senaling.
Suku Paya Kumboh Senaling diketuai oleh Dato Lembaga bergelar Dato Senara Kaya. Penduduknya terdiri daripada pelbagai suku-suku. Suku Paya Kumboh Pergi Jernih diketuai oleh seorang Buapak bergelar Dato Jebalang.Suku Paya Kumboh Naling diketuai oleh seorang Buapak bergelar Tok Laksamana. Suku Paya Kumboh Bemban diketuai oleh seorang Buapak bergelar Tok Panglima Perang. Suku Paya Kumboh Batu 46 diketuai oleh seorang Buapak bergelar Tok Mangku. Suku Paya Kumboh Ulu Pilah diketuai oleh seorang Buapak bergelar Tok Jaya. Di Kampung Perigi Jernih diketuai seorang Buapak bergelar Tok Jebalang sehingga hari ini.
(Sumber: Profil Kg Senaling)