Nama |
: NAZURATUL KHALEEDA BINTI WAHID |
Umur |
: 26 tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Nazuratul Khaleeda Binti Wahid merupakan seorang suri rumah dan kini merupakan usahawan yang menjual produk makana secara atas talian iaitu pekasam daging dan pekasam telur sotong. Bermula dari seorang dropship beliau menjadi agen dan kini menjadi seorang stokis. Beliau menggunakan internet sebagai medium utama untuk menambahkan pendapatan dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap jualannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Sebelum penglibatan dengan kelas ICT di PI beliau hanya menjual secara offline dan hanya menjual di pasar malam serta pasar tani sahaja. Pendapatan beliau juga kurang memberangsangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Beliau menghadirkan diri beberapa kali ke PI dan mula menyedari bahawa PI banyak manfaatnya. Beliau telah mendapatkan bimbingan untuk mempromosikan perniagaan secara atas talian. Oleh yang demikian, beliau telah didedahkan mengenai kelebihan mempromosi perniagaan di media sosial, dan turut belajar cara untuk menyediakan iklan untuk perniagaan. Selain daripada itu juga, Nazuratul Khaleeda Binti Wahid turut mempelajari kaedah promosi menggunakan laman sosial untuk meningkatkan hasil jualan beliau.