Nama |
: AZIZAH BINTI JELANI |
Umur |
: 43 tahun |
Ahli |
: 2013 |
Latar belakang
Puan Azizah Binti Jelani merupakan seorang usahawan yang mengusahakan pembuatan kuih-muih dan beliau juga turut aktif sebagai ahli jawatankuasa KOSPEN di Kampung Bemban. Beliau amat gemar berniaga sehingga menceburkan diri dalam dunia perniagaan semenjak menolong suami dan saudara-maranya yang turut menjalankan perniagaan. Harga jualannya sangat berpatutan dan beliau amat mementingkan kepuasan daripada pihak pelanggan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Puan Azizah Binti Jelani hanya berpandukan kuasa mulut orang setempat dan cadangan daripada pelanggan yang pernah mendapatkan khidmat perniagaannya.
Di samping itu, beliau turut menerima tempahan membuat kuih-muih dan lauk-pauk. Setelah didedahkan dengan kelebihan E-Dagang iaitu komuniti tempatan boleh membeli belah dan melakukan urusan harian dengan mudah dan cepat tanpa sempadan, kini beliau mempromosikan perniagaannya secara atas talian melalui Facebook, Whatsapp Status dan lain-lain lagi dengan lebih meluas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Beliau menghadirkan diri beberapa kali ke PI dan mula menyedari bahawa PI banyak manfaatnya. Beliau telah mendapatkan bimbingan untuk mempromosikan perniagaan secara atas talian beliau.
Oleh yang demikian, beliau telah didedahkan mengenai kelebihan mempromosi perniagaan di media sosial, dan turut belajar cara untuk menyediakan iklan untuk perniagaan. Selain daripada itu juga, Puan Azizah Binti Jelani turut mempelajari kaedah promosi menggunakan laman sosial untuk meningkatkan hasil jualan beliau.