SELAMAT DATANG KE NADI KG SENALING

 

NADI Kg Senaling merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :

 

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

 

NADI Kg Senaling menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan

 

 JUMLAH KEAHLIAN :

 

NADI Kg Senaling telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2013. Ramai telah mendaftar diri dengan NaDi Kg Senaling bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah

 

  AHLI LAMA

1032

  AHLI BARU BULAN MEI 2024

5

 KESELURUHAN PADA MEI 2024

1037

 

 KENALI PETUGAS NaDi : 

 

Untuk menjadi petugas NaDi Kg Senaling, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NaDi Kg Senaling. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami 

 

 

PENGURUS

 

Nama : NOR HAMIZAH BINTI MOHIDIN

Mula berkhidmat : MAC 2018

 

PENOLONG PENGURUS

Nama : YASMIN IZZATI BINTI RAMLI

Mula berkhidmat : MEI 2023