Nama |
: JULIANA BINTI NOR AZMI |
Umur |
: 37 tahun |
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Puan Juliana Bt Nor Azmi merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau amat gemar memasak dan disebabkan itu, beliau mengisi masa lapangnya dengan mencuba mempelbagaikan masakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet (PI), Puan Juliana Bt Nor Azmi hanya mempelajari ilmu memasak daripada orang tua-tua dan mengolah makanan melalui buku sahaja.
Di samping itu, beliau turut menerima tempahan makanan dan mempelajari pembuatan kek. Setelah didedahkan dengan kelebihan E-Dagang iaitu komuniti tempatan boleh membeli belah dan melakukan urusan harian dengan mudah dan cepat tanpa sempadan, kini beliau mempromosikan hasil masakannya secara atas talian melalui Instagram, Facebook dan lain-lain lagi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Beliau menghadirkan diri beberapa kali ke Pusat Internet (PI) dan mula menyedari bahawa PIM banyak manfaatnya. Beliau melayari internet mengenai teknik mempelajari pelbagai jenis masakan dan kek yang baru di samping saling bertukar resepi dan petua di media sosial mengenai masakan.
Di samping itu, beliau turut didedahkan mengenai kelebihan mempromosi perniagaan di media sosial, dan turut belajar cara untuk menyediakan iklan untuk perniagaan.