Nama |
: NURUL NADHIRAH BINTI MUTTALIB |
Umur |
: 17 tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Nurul Nadhirah Binti Muttalib merupakan salah seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling yang sangat bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugasan yang diberikan oleh gurunya sehingga dapat menggolongkan dirinya dalam kalangan pelajar yang ditarget oleh gurunya untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Sebelum ini Nurul Nadhirah Binti Muttalib hanya melakukan tugasan yang diberikan oleh gurunya di rumah sahaja sambil membantu adik-adiknya yang lain mengulangkaji di rumah dan apabila tiba hari bercuti, beliau bayak meluangkan masa di rumah menemani ibunya. Akan tetapi, beliau telah dinasihati ibunya untuk meningkatkan lagi kemahiran komputer beliau.
Oleh itu, beliau mengambil inisiatif dengan mengikuti segala aktiviti dan kelas komputer yang dijalankan di Pusat Internet (PI) Kg Senaling seperti mempelajari kemahiran asas komputer yang dijalankan. Di samping itu, beliau juga turut kerap bertanyakan soalan sekiranya ada sebarang quick access toolbar yang tidak diketahui kegunaannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Beliau telah menjadikan PIM Kg Senaling salah satu tempat untuk sentiasa mengasah asas kemahiran komputernya dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya di Pusat Internet (PI) Senaling memandangkan pembayaran untuk masuk ke pusat internet biasa dan yuran kelas agak mahal, beliau telah menjadikan Pusat Internet (PI) sebagai pusat pembelajaran yang lebih efektif setanding dengan pembelajaran kelas ICT di tempat lain.