Nama

: NORHADI HASSAN BIN MOHD RASA

Umur

: 43 tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Encik Norhadi Hassan Bin Mohd Rasa merupakan seorang usahawan yang membuka perniagaan makanan secara kecil-kecilan. Beliau amat gemar berniaga dan sukakan makanan dan hal ini telah mendorong beliau untuk membuka sebuah perniagaan secara kecil-kecilan dan secara tidak langsung dapat memudahkan penduduk setempat untuk mencari makanan sarapan pagi dan beliau turut berniaga di pasar malam untuk menambah pendapatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

 

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet (PI), Encik Norhadi Hassan Bin Mohd Rasa hanya mempromosikan perniagaannya. Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet (PI), Encik Norhadi Hassan Bin Mohd Rasa hanya mempelajari ilmu memasak daripada orang tua-tua dan mengolah makanan melalui buku sahaja.

 

 

Di samping itu, beliau turut menerima tempahan makanan.  Setelah didedahkan dengan kelebihan E-Dagang iaitu komuniti tempatan boleh membeli belah dan melakukan urusan harian dengan mudah dan cepat tanpa sempadan, kini beliau mempromosikan hasil masakannya secara atas talian melalui Instagram, Facebook dan lain-lain lagi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

 

Setelah menghadirkan diri ke Pusat Internet (PI), Encik Norhadi Hassan Bin Mohd Rasa mula menyedari bahawa PIM banyak manfaatnya. Beliau menghadirkan diri ke kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet (PI) untuk lebih mahir terutamanya dalam menggunakan Microsoft Office Word dan Excel.

 

Di samping itu, beliau turut didedahkan mengenai kelebihan menyimpan rekod menggunkan ‘google drive’ sebagai alternative penyimpanan rekod untuk mengelakkan berlakunya kehilangan rekod.