Nama

:

SITI NURAIN BT ROSLI

Umur

:

18 Tahun

Ahli

:

2013

 

LATAR BELAKANG

Siti Nurain Bt Rosli merupakan salah seorang pelajar SMK Senaling yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini, dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Pahang dalam jurusan Teknologi Maklumat. Selain itu, beliau juga merupakan seorang pelajar yang pintar serta penuh dedikasi dan juga merupakan seorang pengawas sekolah.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Sebelum ini Siti Nurain Bt Rosli hanya mengulangkaji pelajaran dirumah, tetapi tidak mencukupi untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan beliau.

 

Oleh itu, beliau mengambil inisiatif dengan mengikuti segala aktiviti dan kelas komputer yang dijalankan di Pusat Internet (PI) Kg Senaling seperti mencari soalan peperiksaan SPM dan mengikuti kelas tuisyen yang diajar oleh petugas Pusat Internet (PI). Di samping itu, beliau juga turut membuat ‘study group’ di dalam Pusat Internet (PI) bersama kawan-kawannya untuk bertukar idea dan pendapat.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Beliau telah menjadikan Pusat Internet (PI) Kg Senaling salah satu tempat untuk mengulangkaji pelajaran dan mencari maklumat berkaitan pelajaran yang dipelajari di sekolah. Beliau juga turut mengikuti aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet (PI). Memandangkan jarak untuk ke perpustakaan desa agak jauh dari kediamannya, beliau telah menjadikan Pusat Internet (PI) sebagai pusat perbincangan dan mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakannya.