Nama |
: |
NURUL HASMAWIYAH BT IBRAHIM |
Umur |
: |
25 Tahun |
Ahli |
: |
2014 |
LATAR BELAKANG
Pn Hasmawiyah merupakan seorang suri rumah. Beliau menjual pencuci mulut seperti kek pavlova di atas talian.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet (PI), Pn Hasmawiyah hanya menerima tempahan melalui telefon. Beliau juga kurang pengetahuan untuk memasarkan kek pavlova nya. Sebulan hanya 1 hingga 2 pelanggan sahaja yang menempah kek pavlova nya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Beliau sering menghadirkan diri ke Pusat Internet (PI) Kg Senaling untuk melibatkan diri dalam bengkel latihan keusahawanan dan Program IntelĀ® Learn Easy Step dan Entrepreneurship Basic. Beliau dilatih dalam penggunaan asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web dan blog. Selain itu, beliau turut didedahkan mengenai kelebihan mempromosi perniagaan di media sosial, dan turut belajar cara untuk menyediakan iklan untuk perniagaan.
Dengan adanya kemudahan internet ini, perniagaan beliau semakin meluas. Kini, perniagaannya semua dipromosikan di atas talian. Pelanggan beliau meningkat sebulan sehingga lebih 10 orang yang menempah kek pavlova.