Nama

:

NUR AMIRA AIREEN BINTI  ISMAIL

Umur

:

24 Tahun

Ahli

:

2014

 

LATAR BELAKANG

Cik Aireen 24 tahun, merupakan seorang pelajar. Beliau juga amat gemar berniaga. Beliau berniaga menjual takoyaki di atas talian.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET (PI)

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet (PI), Cik Aireen hanya menjual secara kecil-kecilan. Kemudian, apabila didedahkan dengan kelebihan E-Dagang iaitu komuniti tempatan boleh membeli belah dan melakukan urusan harian dengan mudah dan cepat tanpa sempadan, kini beliau mempromosikan takoyaki nya secara atas talian. Pendapatan beliau juga turut bertambah. Sebelum menggunakan internet pendapatannya RM100 hingga RM200 sebulan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET (PI)

Selepas menjadi ahli Pusat Internet (PI) Kg Senaling, beliau mula menyedari bahawa Pusat Internet (PI) merupakan satu pusat pembelajaran komputer, latihan ICT yang diberikan adalah percuma kepada ahli-ahli Pusat Internet (PI). Selain itu, beliau juga dapat meningkatkan lagi tahap kemahiran ICT serta turut dapat mengikuti latihan asas keusahawanan untuk memudahkan beliau mempromosikan takoyaki di atas talian dari semasa ke semasa.

Beliau kini telah menjadikan facebook sebagai satu medium penting untuk mempromosikan takoyaki dan menerima banyak tempahan. Pendapatannya meningkat sehingga RM400 sebulan.