Nama |
: |
NURUL SALSABILA BATRISYIA ANUAR |
Umur |
: |
12 Tahun |
Ahli |
: |
2016 |
LATAR BELAKANG
Nurul Salsabila merupakan salah seorang pelajar SK Senaling yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR baru-baru ini,. Selain itu, beliau juga merupakan seorang pelajar yang pintar serta penuh dedikasi dan juga merupakan seorang pengawas sekolah.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET (PI)
Sebelum ini Nurul Salsabilahanya mengulangkaji pelajaran dirumah, tetapi tidak mencukupi untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan beliau.
Oleh itu, beliau mengambil inisiatif dengan mengikuti segala aktiviti dan kelas komputer yang dijalankan di Pusat Internet (PI) seperti mencari soalan peperiksaan UPSR dan mengikuti kelas tuisyen yang diajar oleh petugas Pusat Internet (PI). Di samping itu, beliau juga turut membuat ‘study group’ di dalam Pusat Internet (PI) bersama kawan-kawannya untuk bertukar idea dan pendapat.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET (PI)
Beliau telah menjadikan Pusat Internet (PI) salah satu tempat untuk mengulangkaji pelajaran dan mencari maklumat berkaitan pelajaran yang dipelajari di sekolah. Beliau juga turut mengikuti aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet (PI). Memandangkan jarak untuk ke perpustakaan desa agak jauh dari kediamannya, beliau telah menjadikan Pusat Internet (PI) sebagai pusat perbincangan dan mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakannya.