Nama

: Norizan Binti Ahmad

Umur

: 55 tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Puan Norizan Binti Ahmad merupakan salah seorang guru KAFA di SK Kepis. Beliau sangat rajin dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan yang diberikan dalam mendidik anak-anak muridnya. Beliau juga sentiasa memberi kerjasama yang baik apabila ada muridnya yang memerlukan bantuannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

Sebelum ini Puan Norizan Binti Ahmad hanya melakukan tugasan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya seperti kebiasaan sahaja iaitu hanya melalui pembelajaran di dalam kelas.

Setelah negara gempar dilanda COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pembelajaran di dalam kelas terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Beliau hanya meneruskan pembelajaran selanjutnya melalui whatsapp dengan bimbingan ibu bapa dan penjaga murid-muridnya.

Setelah PI dibenarkan untuk beroperasi kembali, beliau mengambil inisiatif untuk belajar semula kemahiran komputer yang beliau telah lemah. Di samping itu, beliau juga turut kerap bertanyakan soalan sekiranya ada sebarang quick access toolbar yang tidak diketahui kegunaannya dan membuat catatan. Beliau turut mempelajari bagaimana cara untuk membuat pembelajaran secara atas talian melalui “Google Meet” dengan bantuan petugas.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet (PI)

Beliau telah menjadikan PI Kg Senaling salah satu tempat untuk sentiasa mencari ilmu dan belajar semula asas kemahiran komputernya di PI Kg Senaling walaupun beliau seorang guru. Memandangkan beliau merupakan ahli PI, maka beliau tidak perlu lagi risau tentang pembayaran untuk masuk ke pusat internet lain yang biasanya yuran kelas agak mahal. Beliau telah menjadikan PI sebagai pusat pembelajaran yang lebih efektif setanding dengan pembelajaran kelas ICT di tempat lain.