Tarikh |
: 17 Januari 2024 (Rabu) |
Masa |
: 09:30 pagi–01:00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling |
Tujuan:
Kelas asas Microsoft word ini adalah untuk mengajar pelajar menggunakan Micosoft Word dan tugasan yang telah diarahkan ialah membat surat rasmi dengan menggunakan aspek asas yang ada di dalam Microsoft Word.
Aktiviti:
Pelajar diterangkan dengan asas-asas yang ada di dalam Microsoft Word.Kemudian mereka diarahkan untuk mengikut langkah yang telah diajar dengan membuat surat rasmi.Hasil yang telah disiapkan dicetak untuk simpanan sendiri.
Tarikh |
: 2 - 8 Januari 2024 (Selasa - Isnin) |
Masa |
: 9:00 pagi – 5:00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling |
Tujuan:
Kaunter Fizikal Padu di buka di PEDi Kg Senaling.
Aktiviti:
Pangkalan Data Utama (PADU) adalah inisiatif penting di Malaysia yang bertujuan mengumpulkan profil individu dan isi rumah termasuk warganegara dan pemastautin tetap. Maklumat profil ini dikumpul melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber dan dikemas kini secara berkala. PADU direka untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar dan memastikan tiada penduduk yang tercicir daripada menerima bantuan atau inisiatif lain yang layak.
Tarikh |
:23 Disember 2023 (Sabtu) |
Masa |
: 9:30 pagi – 11:00 pagi |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling |
Tujuan :
Memberi kesedaran kepada penggunaan internet yang selamat dan berhikmah ketika melayarinya.
Aktiviti :
Taklimat ringkas berkaitan dengan advokasi telah diberikan kepada pengungjung dan peserta yang hadir. Setiap individu harus memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan Internet yang positif, bertanggungjawab, sensitif dan beretika. Klik Dengan Bijak berusaha untuk mewujudkan persekitaran Internet yang selamat dan meggembirakan buat semua orang.
Tarikh |
: 2 Januari 2024 (Selasa) |
Masa |
: 3:00 petang – 4:00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling |
Tujuan :
Meningkatkan kemahiran usahawan dalam menggunakan ‘Whatsapp Business’ bagi meningkatkan lagi pendapatan.
Aktiviti :
Whatsapp Business adalah aplikasi muat turun percuma yang tersedia pada Android serta iPhone, dan dibina khusus untuk pemilik perniagaan kecil. WhatsApp Business memudahkan interaksi dengan pelanggan melalui penyediaan alatan untuk mengautomasi, mengisih dan membalas mesej dengan cepat. Para peserta diberi pendedahan mengenai cara menggunakan ‘Whatsapp Business’ dalam perniagaan.
Tarikh |
: 16 Disember 2023 (Sabtu) |
Masa |
: 3:00 petang – 5:00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling |
Tujuan:
Membantu usahawan mengenal pasti content creator atau business creator di platform tiktok.
Aktiviti:
Usahawan diterangkan mengenai fungsi repost video yang boleh menambahkan “view” sekaligus menaikkan peluang yang lebih untuk menjana pendapatan.