Tarikh

: 02 Mei 2024 (Khamis)

Masa

: 10:00 pagi–12:00 tengahari

Lokasi

: NADI Kg Senaling

                                     
 

Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk memberi ilmu mengenai cara membuat slide pembentangan menggunakan Microsoft PowerPoint. Microsoft PowerPoint adalah aplikasi tersedia yang digunakan untuk membuat pembentangan profesional bagi penyampaian mesej yang lebih berkesan. Peserta dapat menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan perisian persembahan disamping dapat mengaplikasikan penggunaan Microsoft PowerPoint dalam pembentangan tugasan atau laporan.Pada masa yang sama dapat menjana pemikiran yg kreatif dan inovatif.

 

Aktiviti:

Kelas Microsoft PowerPoint adalah kelas yang diberikan kepada mereka yang hendak menimba ilmu untuk memberi pembentangan dalam apa jua aktiviti kerja mereka sama ada pelajar atau golongan yang sudah bekerja. Mereka diajar secara satu persatu bermula dengan modul latihan asas. Dalam kelas ini juga, peserta diberi tugasan untuk membuat slide pembentangan masing-masing dan bejaya menghasilkan slide pembentangan yang mengandungi animasi, grafik, video dan sebagainya. Diharap peserta dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam apa jua tugasan mereka.

Gambar di sini.

Tarikh

: 21 April 2024 (Ahad)

Masa

: 3:00 petang – 5:00 petang

Lokasi

: NADI Kg Senaling

Tujuan

Kelas asas Microsoft word ini adalah untuk mengajar pelajar menggunakan Micosoft Word dan tugasan yang telah diarahkan ialah membat Biodata mereka sendiri dengan menggunakan aspek asas yang ada di dalam Microsoft Word. 

Aktiviti

Pelajar diterangkan dengan asas-asas yang ada di dalam Microsoft Word.Kemudian mereka diarahkan untuk mengikut step yang telah diajar dengan memuat Biodata diri mereka sendiri.Hasil yang telah disiapkan dicetak untuk simpanan 

Tarikh

: 6 April 2023 (Sabtu)

Masa

: 3:00 petang – 4:00 petang

Lokasi

: NADI Kg Senaling

 

Tujuan :
Meningkatkan kemahiran usahawan dalam menggunakan Shopee sebagai medium memasarkan produk.

 

Aktiviti :

Para peserta diberi pendedahan mengenai cara menggunakan Shopee dalam perniagaan. Peserta juga di ajar cara untuk mempromosi link Shopee mereka.

Tarikh

: 16 April 2023 (Ahad)

Masa

: 9:00 – 4:00 petang

Lokasi

: NADI Kg Senaling

Tujuan :

Mendaftar akaun LinkedIn https://www.linkedin.com/ LinkedIn adalah platform bagi sesiapa sahaja yang sedang mencari untuk memajukan kerjaya mereka. Ini boleh termasuk orang dari pelbagai latar belakang profesional, seperti pemilik perniagaan kecil, pelajar, dan pencari pekerjaan.

Aktiviti :

Peserta diberi tunjuk ajar untuk mendaftar akaun seterusnya membina rangkaian, rangkaian akan membantu dalam memahami perkembangan dalam industri dan kumpulan professional. Kemudian peserta boleh memulakan pencarian kerja. Peserta juga boleh menggunakan LinkedIn untuk menyelidik syarikat dan menghubungi komuniti pengambilan pekerja dan juga boleh memohon secara langsung.

Tarikh

: 1 April 2023 (Isnin)

Masa

: 2:30 – 4:30 petang

Lokasi

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Senaling

Tujuan :

Pendaftran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara percuma

Aktiviti

Memberi penerangan dengan lebih mendalam mengenai cara untuk mendaftar perniagaan supaya dapat membantu komuniti setempat dalam melakukan proses pendaftaran perniagaan. Pendaftaran Perniagaan Melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Usahawan Kumpulan B40 dan Pelajar IPT Sepenuh Masa. Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di https://ezbiz.ssm.com.my/?0

 

Gambar di sini.