Tarikh

: 22 Julai 2024 (Isnin)

Masa

: 3:00 petang – 4:00 petang

Lokasi

: NADI Kg Senaling

 

Tujuan :
Meningkatkan kemahiran usahawan dalam menggunakan ‘Whatsapp Business’ bagi meningkatkan lagi pendapatan.

 

Aktiviti :

WhatsApp Business adalah aplikasi muat turun percuma yang tersedia pada Android serta iPhone, dan dibina khusus untuk pemilik perniagaan kecil. WhatsApp Business memudahkan interaksi dengan pelanggan melalui penyediaan alatan untuk mengautomasi, mengisih dan membalas mesej dengan cepat. Para peserta diberi pendedahan mengenai cara menggunakan ‘Whatsapp Business’ dalam perniagaan.

Tarikh

: 09 Julai 2024 (Selasa)

Masa

: 9:30 pagi – 11:00 pagi

Lokasi

: NADI Kg Senaling

 

Tujuan :
Meningkatkan kemahiran usahawan dalam menggunakan applikasi Canva bagi meningkatkan lagi pendapatan.

 

Aktiviti :

Canva adalah satu aplikasi atas talian yang percuma untuk pengguna yang ingin membuat pelbagai bentuk “Creative Design” secara virtual dan atas talian. Pelbagai jenis rekabentuk yang boleh dan mudah dan dibina khusus untuk pemilik perniagaan kecil. Para Peserta di ajar cara menggunakan aplikasi canva untuk membuat video.

Gambar di sini.

 

 

Tarikh

: 23 Jun 2024 (Ahad)

Masa

: 10:00 pagi–12:00 tengahari

Lokasi

: NADI Kg Senaling

                                     
 

Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk memberi ilmu mengenai cara membuat slide pembentangan menggunakan Microsoft PowerPoint. Microsoft PowerPoint adalah aplikasi tersedia yang digunakan untuk membuat pembentangan profesional bagi penyampaian mesej yang lebih berkesan. Peserta dapat menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan perisian persembahan disamping dapat mengaplikasikan penggunaan Microsoft PowerPoint dalam pembentangan tugasan atau laporan.Pada masa yang sama dapat menjana pemikiran yg kreatif dan inovatif.

Aktiviti

Kelas Microsoft PowerPoint adalah kelas yang diberikan kepada mereka yang hendak menimba ilmu untuk memberi pembentangan dalam apa jua aktiviti kerja mereka sama ada pelajar, golongan yang sudah bekerja atau usahawan. Mereka diajar secara satu persatu bermula dengan modul latihan asas. Dalam kelas ini juga, peserta diberi tugasan untuk membuat slide pembentangan masing-masing dan bejaya menghasilkan slide pembentangan yang mengandungi animasi, grafik, video dan sebagainya. Diharap peserta dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam apa jua tugasan mereka.

Tarikh

: 01 Julai 2024 (Isnin)

Masa

: 3:00 petang – 5:00 petang

Lokasi

: NADI Kg Senaling

Tujuan

Minecraft Educaton ialah platform berasaskan permainan yang memberi inspirasi kepada pembelajaran yang kreatif dan inklusif melalui permainan.

Aktiviti

Pengguna menyelesaikan masalah yang berkaitan sains komputer dengan menggunakan platform Minecraft Education.

 

Tarikh

: 21 Mei 2024 (Selasa)

Masa

: 2:30 – 4:30 petang

Lokasi

: NADI Kg Senaling

 

Tujuan :

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan konsep dan aspek-aspek dasar Internet of Things (IoT) kepada peserta. IoT merupakan rangkaian objek fizikal (devices atau peranti) yang disambungkan kepada rangkaian internet, yang membolehkan peranti-peranti ini berkomunikasi, mengumpul data, dan bertindak balas dengan baik.

Aktiviti :

Aktiviti ini dapat memperkenalkan peserta kepada konsep, manfaat, dan aplikasi teknologi Internet of Things, serta membina kesedaran tentang potensi dan cabaran yang mungkin timbul daripada penerapan teknologi ini.

Melalui aktiviti ini, peserta mendapat pendedahan tentang:
• Definisi IoT dan kepentingan teknologi dalam era digital hari ini.
• Konsep IoT dan bagaimana peranti boleh disambungkan ke rangkaian internet.
• Contoh-contoh peranti IoT yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian.
• Cabaran keselamatan dan privasi dalam konsteks IoT serta panduan untuk melindungi data peribadi daripada ancaman keselamatan yang berkaitan.

Gambar di sini.