Tarikh |
: 2 Januari 2024 (Selasa) |
Masa |
: 3:00 petang – 4:00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling |
Tujuan :
Meningkatkan kemahiran usahawan dalam menggunakan ‘Whatsapp Business’ bagi meningkatkan lagi pendapatan.
Aktiviti :
Whatsapp Business adalah aplikasi muat turun percuma yang tersedia pada Android serta iPhone, dan dibina khusus untuk pemilik perniagaan kecil. WhatsApp Business memudahkan interaksi dengan pelanggan melalui penyediaan alatan untuk mengautomasi, mengisih dan membalas mesej dengan cepat. Para peserta diberi pendedahan mengenai cara menggunakan ‘Whatsapp Business’ dalam perniagaan.