Tarikh

: 02 Mei 2024 (Khamis)

Masa

: 10:00 pagi–12:00 tengahari

Lokasi

: NADI Kg Senaling

                                     
 

Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk memberi ilmu mengenai cara membuat slide pembentangan menggunakan Microsoft PowerPoint. Microsoft PowerPoint adalah aplikasi tersedia yang digunakan untuk membuat pembentangan profesional bagi penyampaian mesej yang lebih berkesan. Peserta dapat menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan perisian persembahan disamping dapat mengaplikasikan penggunaan Microsoft PowerPoint dalam pembentangan tugasan atau laporan.Pada masa yang sama dapat menjana pemikiran yg kreatif dan inovatif.

 

Aktiviti:

Kelas Microsoft PowerPoint adalah kelas yang diberikan kepada mereka yang hendak menimba ilmu untuk memberi pembentangan dalam apa jua aktiviti kerja mereka sama ada pelajar atau golongan yang sudah bekerja. Mereka diajar secara satu persatu bermula dengan modul latihan asas. Dalam kelas ini juga, peserta diberi tugasan untuk membuat slide pembentangan masing-masing dan bejaya menghasilkan slide pembentangan yang mengandungi animasi, grafik, video dan sebagainya. Diharap peserta dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam apa jua tugasan mereka.

Gambar di sini.