Tarikh |
: 21 Mei 2024 (Selasa) |
Masa |
: 2:30 – 4:30 petang |
Lokasi |
: NADI Kg Senaling |
Tujuan :
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan konsep dan aspek-aspek dasar Internet of Things (IoT) kepada peserta. IoT merupakan rangkaian objek fizikal (devices atau peranti) yang disambungkan kepada rangkaian internet, yang membolehkan peranti-peranti ini berkomunikasi, mengumpul data, dan bertindak balas dengan baik.
Aktiviti :
Aktiviti ini dapat memperkenalkan peserta kepada konsep, manfaat, dan aplikasi teknologi Internet of Things, serta membina kesedaran tentang potensi dan cabaran yang mungkin timbul daripada penerapan teknologi ini.
Melalui aktiviti ini, peserta mendapat pendedahan tentang:
• Definisi IoT dan kepentingan teknologi dalam era digital hari ini.
• Konsep IoT dan bagaimana peranti boleh disambungkan ke rangkaian internet.
• Contoh-contoh peranti IoT yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian.
• Cabaran keselamatan dan privasi dalam konsteks IoT serta panduan untuk melindungi data peribadi daripada ancaman keselamatan yang berkaitan.