Tarikh

: 18 Februari 2022 (Jumaat)

Masa

: 3:00 – 5:00 petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling

Tujuan :

Memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan fungsi yang terdapat di dalam laman https://www.myeg.com.my/ bagi memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan secara mudah.

 

Aktiviti

Memberi tunjuk ajar untuk mendaftar akaun MyEg, seterusnya memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan secara atas talian.

 

Gambar disini

Tarikh

: 10 Februari 2022 (Khamis)

Masa

: 10:00 pagi – 12:00 tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling

Tujuan :

E-Dagang (Pemasaran dalam talian)

 

Aktiviti

Pengguna mempelajari cara menggunakan media sosial untuk mengiklankan produk secara atas talian. Medium pemasaran yang digunakan ialah Instagram, selain itu pengguna juga diberi penerangan ringkas agar lebih berhati-hati dalam penggunaan perbankan atas talian agar akaun perbankan atas talian mereka tidak digodam sewenang-wenangnya oleh orang yang tidak sepatutnya. Selain itu, pengguna diberi penerangan ringkas agar menggunakan ID dan password yang lebih selamat dan tanpa pengetahuan orang lain

Tarikh

: 20 Januari 2022

Masa

: 3:00 - 5:00 petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling

   

Tujuan :

Mempelajari cara-cara menghasilkan kad ucapan sempena tahun baru cina menggunakan aplikasi Canva.

 

Aktiviti

Peserta diajar cara membuat kad ucapan dengan menggunakan satu platform yang menarik dan mudah melalui https://www.canva.com/.

Tarikh

: 5 Februari 2022 (Sabtu)

Masa

: 10:00 pagi – 12:00 tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling

Tujuan :

E-Pembelajaran (Memperkenalkan internet dan e-mel)

 

Aktiviti

Mempelajari cara menggunakan internet dengan berkesan bagi mencari maklumat dan komunikasi. Peserta akan belajar cara untuk mencipta akaun emel serta menghantar dan membalas emel. Terdapat banyak pembekal perkhidmatan emel seperti Yahoo, Rediff, Hotmail, Gmail dan sebagainya.

Tarikh

: 15 Januari 2022

Masa

: 10:00 pagi – 12:00 tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling

   

Tujuan :

Mempelajari cara-cara membuat pendaftaran permohonan Tahun 1 untuk sesi persekolahan 2022/2023 dan UPU secara atas talian di https://public.moe.gov.my/ .

 

Aktiviti

Memberi penerangan tentang cara-cara mengisi pendaftaran permohonan Tahun 1 untuk Sesi 2022/2023 dan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan tersebut. Peserta dapat mengisi maklumat-maklumat yang dikehendaki di dalam aplikasi tersebut dengan baik.