Tarikh |
: 18 April 2022 (Isnin) |
Masa |
: 9:00 pagi – 11:00 pagi |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling |
Tujuan :
E-PEMBELAJARAN (Asas Microsoft Word)
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan fungsi-fungsi asas yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Word seperti saiz teks, spacing, layout orientation dan sebagainya. Seterusnya peserta turut diajar untuk menaip surat rasmi.
Tarikh |
: 13 April 2022 (Rabu) |
Masa |
: 9:00 pagi – 11:00 pagi |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling |
Tujuan :
MULTIMEDIA (Mengedit video menggunakan Fimora Go)
Aktiviti
Memberi pengetahuan kepada pelajar bahawa mereka juga boleh menghasilkan video yang baik walau hanya menggunakan peranti mudah alih dan peserta juga diberi masa untuk mempraktikkan ilmu yang telah dikongsi dengan menhasilkan video mereka sendiri.
Tarikh |
: 23 Mac 2022 (Rabu) |
Masa |
: 3:00 – 5:00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling |
Tujuan :
E-PEMBELAJARAN (Menghasilkan resume)
Aktiviti
Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah SPM bagaimana membuat resume dengan betul dan tip-tip resume baik. Antara website yang pihak PI guna untuk membuat resume ialah https://www.canva.com/. Ia merupakan website yang sangat menarik dan sangat mudah digunakan malah ianya percuma untuk diakses oleh pengguna. Bengkel berlangsung selama 2 jam dan mendapat maklum balas yang baik dari pelajar-pelajar yang mengikuti bengkel ini.
Tarikh |
: 8 April 2022 (Sabtu) |
Masa |
: 9:00 pagi – 11:00 pagi |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling |
Tujuan :
Pendaftaran sekolah tahun 1
Aktiviti
Memberi tunjuk ajar kepada ibu bapa dan penjaga untuk mengisi pendaftaran sekolah secara atas talian menerusi laman web https://public.moe.gov.my/.
Tarikh |
: 18 Mac 2022 (Jumaat) |
Masa |
: 10:00 pagi– 12:00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling |
Tujuan :
E-DAGANG (Membuka akaun Facebook perniagaan)
Aktiviti
Facebook page adalah sebuah laman dalam facebook yang digunakan untuk tujuan mempromosikan sesuatu produk, servis, syarikat, individu dan sebagainya. Facebook page ini banyak digunakan untuk tujuan perniagaan, membina komuniti dan peminat tersendiri. Satu akaun Facebook boleh membina banyak Facebook page. Melalui tutorial ini, Peserta diberi tunjuk ajar apakah perbezaan di antara facebook peribadi dan Facebook Page. Para peserta akan di ajar langkah-langkah mudah secara satu persatu cara membuat membuat facebook page. Peserta juga akan dapat mempelajari cara mengendalikan facebook page dengan mudah dan lebih teratur.