Tarikh

: 23 Julai 2022 (Sabtu)

Masa

: 10:00 pagi – 12:30 tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling

 

Tujuan :

Mendafar dan mengikuti kursus latihan dalam talian secara percuma berasaskan pembangunan kemahiran dan pendidikan di laman web https://elatih.hrdcorp.gov.my/

 

Aktiviti

Memberi kesedaran agar lebih rakyat Malaysia menerapkan pembelajaran dan pemerolehan pengetahuan sebagai sebahagian daripada rutin harian

 

Tarikh

: 20 Julai 2022 (Rabu)

Masa

: 10:00 pagi– 12:30 tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling

 

Tujuan :

Memberi tunjuk ajar mengenaipermohonan kerja jangka pendek di Sektor Awam, Agensi Kerajaan serta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) secara kontrak di laman web https://mystep.mof.gov.my/

 

Aktiviti

Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP) adalah satu program yang menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia bagi satu jangka masa pendek dan telah bermula dari tahun 2022.

 

Tarikh

: 14 Julai 2022 (Khamis)

Masa

: 10:00 pagi– 12:30 tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling

 

Tujuan :

Bengkel pengisian jawatan kosong melalui beberapa website iaitu Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) https://www.spp.gov.my/ untuk memberi pendedahan kepada pada peserta program yang inigin mencari pekerjaan secara atas talian.

 

Aktiviti

Peserta diberi tunjuk ajar untuk mendaftar akaun seterusnya mengisi butiran diri dan seterusnya memohon pekerjaan mengikut tahap pendidikan.


 

 

Tarikh

: 16 Julai 2022 (Sabtu)

Masa

: 10:00 pagi– 12:30 tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling

 

Tujuan :

Mendaftar akaun LinkedIn https://www.linkedin.com/. LinkedIn adalah platform bagi sesiapa sahaja yang sedang mencari untuk memajukan kerjaya mereka. Ini boleh termasuk orang dari pelbagai latar belakang profesional, seperti pemilik perniagaan kecil, pelajar, dan pencari pekerjaan.

Aktiviti

Peserta diberi tunjuk ajar untuk mendaftar akaun seterusnya membina rangkaian, rangkaian akan membantu dalam memahami perkembangan dalam industri dan kumpulan professional. Kemudian peserta boleh memulakan pencarian kerja. Peserta juga boleh menggunakan LinkedIn untuk menyelidik syarikat dan menghubungi komuniti pengambilan pekerja dan juga boleh memohon secara langsung.

 

Tarikh

: 8 Julai 2022 (Jumaat)

Masa

: 3:00 – 5:00 petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling

 

Tujuan :

Memberi kesedaran mengenai “Cyber Grooming”

 

Aktiviti

Memberi kesedaran agar lebih peka dan berhati-hati apabila menggunakan media sosial terutamanya kanak-kanak dan para remaja. Serta dapat mempelajari kesan-kesan dan cara mengatasi “Cyber-Bully” dan “Cyber-Grooming”