Tarikh |
: 19 Oktober 2022 (Rabu) |
Masa |
: 8:00 pagi – 2:00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling |
Tujuan :
Program Hari Bersama Komuniti bertujuan untuk mempromosikan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) kepada komuniti dan aktiviti menarik sepanjang program.
Aktiviti
Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing dan meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.
Tarikh |
: 15 Oktober 2022 (Sabtu) |
Masa |
: 3:00 – 5:00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling |
Tujuan :
Mempelajari dan mendedahkan secara menyeluruh tentang ciri-ciri kepenggunaan applikasi WhatsApp Business dalam dunia perniagaan selain berkongsi dan mengajar usahawan cara-cara untuk menyediakan satu profil perniagaan dalam WhatsApp Business.
Aktiviti
Para peserta diajar memuat turun aplikasi WhatsApp Business dan membuat auto reply serta mereka katalog produk di WhatsApp dan membuat pautan Facebook & Instagram di WhatsApp seterusnya mendapatkan barkod QR whatsapp untuk memudahkan pelanggan menghubungi usahawan dengan cara mengimbas tanpa menyimpan nombor telefon.
Tarikh |
: 7 Oktober 2022 (Jumaat) |
Masa |
: 3:00 – 5:00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling |
Tujuan :
Memberikan pendedahan bagaimana peserta ingin berniaga di Shopee, membuka kedai dan menjalankan perniagaan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Shopee https://shopee.com.my/
Aktiviti
Memperlengkapkan pengetahuan dan kemahiran digital kepada semua peserta kursus untuk membuka kedai menggunakan aplikasi Shopee telah tercapai dengan jayanya
Tarikh |
: 11 Oktober 2022 (Selasa) |
Masa |
: 10:00 pagi– 12:00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling |
Tujuan:
Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari Microsoft Office dalam menyiapkan latihan dan kerja kursus yang diberikan di sekolah.
Aktiviti
Para peserta diajar menggunakan Microsoft Word dan pelajar dapat meningkatkan daya kreativiti menerusi penggunaan cara menggunakan jenis tulisan, cara mengubah kedudukan tulisan, cara memuat turun gambar di enjin carian google serta memasukkan gambar yang dimuat turun ke dalam Ms Word serta cara untuk menyimpan kerja pelajar. Kelas ini juga dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dengan mudah dalam proses pembelajaran pada masa akan datang.
Tarikh |
: 3 Oktober 2022 (Isnin) |
Masa |
: 10:00 pagi –2:00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling |
Tujuan :
Memberi kemudahan dan peluang kepada komuniti setempat untuk mendapatkan perkhidmatan dari pihak Tabung Haji
Aktiviti
Memberi perkhidmatan seperti Pembukaan akaun (dewasa & kanak-kanak) serendah RM10.00, simpanan wang tunai, pembukaan akaun baru TH, pendaftaran haji, kemaskini maklumat, pertukaran akaun kanak-kanak ke dewasa, permohonan penyata akaun, potongan gaji dan THiJari (Online TH). TH juga meminta komuniti untuk memuat turun aplikasi THiJARI iaitu sebuah rangkaian perkhidmatan digital TH. Ia merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan yang disediakan oleh TH seperti semakan akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan Kelab TaHa secara dalam talian kepada pelanggan TH.