Tarikh

:

14 Mac 2017 (Selasa)

Masa

:

10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Tempat

:

Dewan Orang Ramai Kg Senaling


 

Pada 14 Mac 2017 (Selasa) yang lalu, Pusat Internet 1Malaysia Kg Senaling, JKKK Kg Senaling, Bengkel Jahitan Kg Senaling, KOSPEN Kg Senaling dan Tabika KEMAS Kg Senaling telah mengadakan aktiviti seperti yang dinyatakan di atas dengan kerjasama pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Cawangan Daerah Kuala Pilah. Aktiviti ini diadakan bagi memenuhi keperluan Peraturan Keselamatan Bangunan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Aktiviti ini melibatkan pelajar yang duduk di bangunan sekolah serta penduduk kampung. Matlamat utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada orang ramai tentang bahaya kebakaran di samping mempelajari cara-cara untuk menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran. Selain daripada itu, orang ramai juga khususnya pelajar diberi pendedahan mengenai cara-cara menggunakan alat pemadam api dan cara menyelamatkan diri. Turut hadir ke program tersebut ialah YB Dato Hj Ismail Bin Lassim Adun kawasan Senaling