Tarikh

:

30 November 2016 (Rabu)

Masa

:

08.30 Pagi– 04.30 Petang

Tempat

:

Bilik Latihan Pusat Internet  1Malaysia Kg Senaling

 

Dimaklumkan Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM) melalui kerjasama Unit Penyelarasan dan Pemantauan Institusi Akar Umbi (UPPIAU), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan telah mengadakan program Pembudayaan ICT Komuniti Luar Bandar - Memajukan Negeri, Mensejahterakan Rakyat Tahun 2016.

Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri dan Pejabat Daerah & Tanah Kuala Pilah dengan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Kampung Senaling.  “Media Sosial Dalam Menjana Pendapatan” merupakan tajuk aktiviti bagi program ini. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia Kampung Senaling juga turut mengadakan “Dashboard Day” dimana penduduk setempat didedahkan dengan kelebihan yang ada melalui aplikasi dashboard tersebut.