Tarikh

:

  19 September 2016 (Isnin)

Masa

:

  08.30 Pagi - 04.30 Petang

Tempat

:

  Balairaya & Bengkel Jahitan KEMAS Senaling 

Bengkel Menjahit Variasi Tudung anjuran Unit Pendidikan Kemahiran KEMAS Daerah Kuala Pilah & Unit Pembangunan Desa & Perhubungan KEMAS DUN Senaling telah diadakan pada 19 September 2016 (Isnin), pada pukul 08.30 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Bengkel Jahitan KEMAS Kg Senaling. 

Bengkel ini telah menarik seramai 15 orang peserta, bengkel ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan kemahiran asas untuk membolehkan peserta meluaskan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan mereka dalam bidang jahitan. Program ini juga telah  dirasmikan oleh YBH Dato' Adnan Bin Hj Abu Hassan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).