RESTORAN WARISAN
Terletak kira-kira 35 kilometer dari Seremban di laluan utama Jalan Seremban – Kuala Pilah, terdapatnya sebuah restoran makanan yang diberi nama Restoran Warisan. Restoran ini mempunyai keunikan tersendiri selain menyajikan makanan tradisional Negeri Sembilan, sajian Melayu dan makanan ala Thai.
Antara keunikannya ialah menu yang dihidangkan di sini merupakan warisan turun temurun yang diwarisi daripada ahli keluarga pemilik restoran ini. Selain daripada itu, pada setiap malam minggu para pelanggan turut disajikan dengan persembahan kebudayaan Negeri Sembilan seperti bongai, caklempong dan joget lambak.
Menjamu selera sambil menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan perkampungan yang dipelihara memang mengasyikkan dan sukar diperoleh di kebanyakan tempat, namun, Restoran Warisan Kampung Terachi menawarkan suasana flora di tengah bendang yang pasti menjadi kenangan indah bagi setiap pengunjung.
"Bagi anda yang ingin meluangkan masa bersama keluarga atau pun teman-teman, bolehlah berkunjung ke sini"
Dibuka setiap kecuali hari Jumaat bermula 12 tengah hari sehingga 11 malam.
- << Seterusnya
- Seterusnya