KAK LANG D'RIMBA
Seakan berada di dalam rimba yang dikelilingi pokok-pokok besar, merupakan salah satu kedai makan yang dimiliki oleh Fauziah Abdul Kadir atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Lang.
Antara masakan tengahari yang menjadi rebutan adalah gulai ketam, gulai siput sedut, gulai daging salai, ikan sembilang salai dan diikuti dengan lauk-lauk lain. Selain itu, Kak Lang D'Rimba turut menyajikan minum pagi dan minum petang seperti bubur kacang hijau, pulut hitam, pengat ubi dan kuih-muih.
Bagi anda yang ingin mencuba makanan yang disajikan,berkunjunglah ke Kak Lang D'Rimba yang beralamat di
Hadapan Pejabat Risda,
Jalan Sawah Lebar
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan Darul Khusus.