Kualo Pilah tolapak adat,

Adat popatih jadi amalan,

Masak lado api banyak pominat,

Sodap raso eh tak ado tandingan

 

Bagi anda yang ingin menjamu selera di Kuala Pilah, ia bukanlah sesuatu yang sukar. Terdapat banyak restoran dan gerai makanan yang menyajikan pelbagai hidangan yang pastinya menyelerakan. Tudia Char Kuey Teow Kuala Pilah, Restoran Warisan dan Kak Lang D'Rimba adalah antara beberapa nama yang menjadi destinasi pilihan bagi yang ingin menjamu selera.

 

 


ADWA CHAR KUEY TEOW 

TDCKT

Char Kuey Teow ekstrem dengan Ketam serta Sotong yang bersaiz lagi besar dari tapak tangan cukup terkenal dan popular di Kuala Pilah.

Waktu urusniaga  adalah bermula dari jam 6.00 petang hingga 11.00 malam

Bagi anda yang ingin meluangkan masa bersama keluarga atau pun teman-teman, bolehlah berkunjung ke gerai Char Kuey Teow yang beralamat di :

 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi no yang berikut :

WhatsApp 017 3443913 (Siti) / 013 6356659 (suhaiza)

FACEBOOK


 KAK LANG D'RIMBA

Seakan berada di dalam rimba yang dikelilingi pokok-pokok besar, merupakan salah satu kedai makan yang dimiliki oleh Fauziah Abdul Kadir atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Lang.

Antara masakan tengahari yang menjadi rebutan adalah gulai ketam, gulai siput sedut, gulai daging salai, ikan sembilang salai dan diikuti dengan lauk-lauk lain. Selain itu, Kak Lang D'Rimba turut menyajikan minum pagi dan minum  petang seperti bubur kacang hijau, pulut hitam, pengat ubi dan kuih-muih.

Bagi anda yang ingin mencuba makanan yang disajikan,berkunjunglah ke Kak Lang D'Rimba yang beralamat di

 

Hadapan Pejabat Risda,

Jalan Sawah Lebar

72000 Kuala Pilah

Negeri Sembilan Darul Khusus.

 

 

 


RESTORAN WARISAN

1.restoran warisan

 

Terletak kira-kira 35 kilometer dari Seremban di laluan utama Jalan Seremban – Kuala Pilah, terdapatnya sebuah restoran makanan yang diberi nama Restoran Warisan. Restoran ini  mempunyai keunikan tersendiri selain menyajikan makanan tradisional Negeri Sembilan, sajian Melayu dan makanan ala Thai.

 

Antara keunikannya ialah menu yang dihidangkan di sini merupakan warisan turun temurun yang diwarisi daripada ahli keluarga pemilik restoran ini. Selain daripada itu, pada setiap malam minggu para pelanggan turut disajikan dengan persembahan kebudayaan Negeri Sembilan seperti bongai, caklempong dan joget lambak.

 

Menjamu selera sambil menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan perkampungan yang dipelihara memang mengasyikkan dan sukar diperoleh di kebanyakan tempat, namun, Restoran Warisan Kampung Terachi menawarkan suasana flora di tengah bendang yang pasti menjadi kenangan indah bagi setiap pengunjung.

 

"Bagi anda yang ingin meluangkan masa bersama keluarga atau pun teman-teman, bolehlah berkunjung ke sini"

 

Dibuka setiap kecuali hari Jumaat bermula 12 tengah hari sehingga 11 malam.