Nama

: Norliah Binti Abdullah

Umur

: 45 tahun

Ahli

: 2016

Latar belakang

Puan Norliah Bt Abdullah merupakan seorang guru jahitan di Bengkel Jahitan KEMAS Kg Senaling. Beliau amat kreatif dan gemar mengisi masa lapangnya dengan mencuba mempelbagaikan kraftangan yang dihasilkan olehnya.

Sebelum penggunaan ict/ penglibatan Pusat Internet (PI)

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet (PI), Puan Norliah Bt Abdullah hanya mempelajari ilmu jahitan dan membuat kraftangan berdasarkan buku sahaja.

Di samping itu, beliau turut menerima tempahan jahitan baju dan turut memberi perkhidmatan dalam kelas menjahit.  Setelah didedahkan dengan kelebihan E-Dagang iaitu komuniti tempatan boleh membeli belah dan melakukan urusan harian dengan mudah dan cepat tanpa sempadan, kini beliau mempromosikan hasil jahitannya secara atas talian melalui Shopee, Facebook dan lain-lain lagi.

Selepas penggunaan ict/ penglibatan Pusat Internet (PI)

Beliau sering menghadirkan diri ke Pusat Internet (PI) dan mula menyedari bahawa Pusat Internet (PI) banyak manfaatnya. Beliau melayari internet mengenai teknik mempelajari ilmu jahitan yang baru di samping saling bertukar pendapat di media sosial mengenai jahitan.

Di samping itu, beliau turut didedahkan mengenai kelebihan mempromosi perniagaan di media sosial, dan turut belajar cara untuk menyediakan iklan untuk perniagaan.