USAHAWAN MAKANAN
Nama |
: Noor Juliana Bt Mat Jais |
Umur |
: 33 tahun |
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Puan Noor Juliana Bt Mat Jais merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak dan merupakan sorang suri rumah sepenuh masa. Beliau gemar mengisi masa lapangnya dengan memasak aneka makanan seperti lauk-pauk dan pencuci mulut.
Sebelum penggunaan ict/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet (PI), Puan Noor Juliana Bt Mat Jais hanya menjual makanan dan lauk-pauk yang dimasak di hadapan rumahnya sahaja. Selain itu beliau juga turut menerima tempahan dari jiran tetangga sekiranya ada jamuan atau kenduri.
Beliau juga kurang pengetahuan untuk memasarkan makanannya secara atas talian dan hanya menjual kepada kenalannya sahaja.
Selepas penggunaan ict/ penglibatan Pusat Internet (PI)
Beliau sering menghadirkan diri ke Pusat Internet (PI) Kg Senaling untuk melibatkan diri dalam bengkel latihan keusahawanan dan Program IntelĀ® Learn Easy Step dan Entrepreneurship Basic.
Beliau dilatih dalam penggunaan asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman social seperti facebook. Selain itu, beliau turut didedahkan mengenai kelebihan mempromosi perniagaan di media sosial, dan turut belajar cara untuk menyediakan iklan untuk perniagaan.
- << Seterusnya
- Seterusnya