Pada hari ini, kita semua sedang berhadapan dengan situasi yang agak membimbangkan berikutan penularan jangkitan COVID-19. Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengawal penularan wabak ini, kita masih berdepan dengan peningkatan kes COVID-19. Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan penularan wabak COVID-19 sebagai pandemik kerana terdapat peningkatan kes yang ketara di seluruh dunia.
Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi wabak COVID-19 ini iaitu:
1. Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
2. Semasa dalam tempoh lawatan ke tempat-tempat yang berlaku wabak ini (jika perjalanan tidak dapat dielakkan):
- Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
- Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu bergejala.
- Elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan.
- Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah/tidak dimasak dengan sempurna.
3. Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas ) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Begitu juga maklumkan mengenai sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat.