Tarikh

: 14 Jun 2023 (Rabu)

Masa

: 10:00 pagi–12:00 tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling

 

 

 

 

 

 

Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk memberi ilmu mengenai cara membuat slide pembentangan menggunakan Microsoft PowerPoint. Microsoft PowerPoint adalah aplikasi tersedia yang digunakan untuk membuat pembentangan profesional bagi penyampaian mesej yang lebih berkesan. Peserta dapat menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan perisian persembahan disamping dapat mengaplikasikan penggunaan Microsoft PowerPoint dalam pembentangan tugasan atau laporan.Pada masa yang sama dapat menjana pemikiran yg kreatif dan inovatif.

Aktiviti

Kelas Microsoft PowerPoint adalah kelas yang diberikan kepada mereka yang hendak menimba ilmu untuk memberi pembentangan dalam apa jua aktiviti kerja mereka sama ada pelajar atau golongan yang sudah bekerja. Mereka diajar secara satu persatu bermula dengan modul latihan asas. Dalam kelas ini juga, peserta diberi tugasan untuk membuat slide pembentangan masing-masing dan bejaya menghasilkan slide pembentangan yang mengandungi animasi, grafik, video dan sebagainya. Diharap peserta dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam apa jua tugasan mereka.

Gambar di sini

 

Tarikh

:11 Jun 2023 (Selasa)

Masa

: 9:30 pagi – 11:00 pagi

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling

 
Tujuan :

Memberi kesedaran kepada penggunaan internet yang selamat dan berhikmah ketika melayarinya.

Aktiviti :

Taklimat ringkas berkaitan dengan advokasi telah diberikan kepada pengungjung dan peserta yang hadir. Setiap individu harus memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan Internet yang positif, bertanggungjawab, sensitif dan beretika. Klik Dengan Bijak berusaha untuk mewujudkan persekitaran Internet yang selamat dan meggembirakan buat semua orang.

Gambar di sini

Tarikh

: 9 Jun 2023 (Jumaat)

Masa

: 9:00 pagi – 11:00 pagi

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling

 

Tujuan :
Meningkatkan kemahiran usahawan dalam menggunakan ‘Whatsapp Business’ bagi meningkatkan lagi pendapatan.

 

Aktiviti :

WhatsApp Business adalah aplikasi muat turun percuma yang tersedia pada Android serta iPhone, dan dibina khusus untuk pemilik perniagaan kecil. WhatsApp Business memudahkan interaksi dengan pelanggan melalui penyediaan alatan untuk mengautomasi, mengisih dan membalas mesej dengan cepat. Para peserta diberi pendedahan mengenai cara menggunakan ‘Whatsapp Business’ dalam perniagaan.

 

Gambar di sini

Tarikh

:10 Jun 2023 (Isnin)

Masa

: 9:30 pagi – 11:00 pagi

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling

 

Tujuan :
Meningkatkan kemahiran usahawan dalam menggunakan applikasi Canva bagi meningkatkan lagi pendapatan.

 

Aktiviti

Canva adalah satu aplikasi atas talian yang percuma untuk pengguna yang ingin membuat pelbagai bentuk “Creative Design” secara virtual dan atas talian. Pelbagai jenis rekabentuk yang boleh dan mudah dan dibina khusus untuk pemilik perniagaan kecil. Para Peserta di ajar cara menggunakan aplikasi canva untuk membuat logo dan label perniagaan.

 

Gambar di sini

 

Tarikh

: 6 Jun 2023 (Selasa)

Masa

: 3:00 petang – 4:00 petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Senaling

 

Tujuan :
Meningkatkan kemahiran usahawan dalam menggunakan Shopee sebagai medium memasarkan produk.

 

Aktiviti :

Para peserta diberi pendedahan mengenai cara menggunakan Shopee dalam perniagaan. Peserta juga di ajar cara untuk mempromosi link Shopee mereka.

 

Gambar di sini