Tarikh

: 25 Mac 2018

Masa

: 3.00 petang - 5.30 petang

Lokasi

: Pusat Internet 1Malaysia Kg Senaling

Peserta

: 18 orang

Tujuan

Program ini direka khusus untuk golongan wanita yang bujang atau sudah berkahwin, ibu bapa dan warga emas untuk mengesan tahap kesihatan mereka dengan kerjasama KOSPEN dan Klinik Kesihatan Kg. Senaling.

   

Aktiviti

Memperkasakan amalan pemakanan sihat dalam kehidupan seharian. Petugas juga mengambil peluang untuk menekankan bahana mengamalkan tabiat pemakan yang tidak sihat untuk kesan jangka panjang

Gambar disini

Tarikh

: 16 Mac 2018

Masa

: 2.00 petang - 6.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet 1Malaysia Kg Senaling

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Program ini merupakan kelas asas yang diadakan bagi kategori pelajar dan belia di Kampung Senaling.

   

Aktiviti

Peserta di ajar tentang cara membuat surat rasmi serta mengenai cara untuk muat turun gambar di dalam Google image dan disimpankan di dalam desktop, document dan pictures.

 

Gambar disini

Tarikh : 13 Januari 2018
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Senaling
Peserta : 22 orang

 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 22 orang pelajar Tingkatan 2 SMK Senaling. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai  cara penggunaan internet yang baik.

   

Aktiviti

Para pelajar mendengar ceramah yang diadakan oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia Kg Senaling dan dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk membuat sedikit tugasan yang diberi dan kemudian dibentangkan kepada ahli kumpulan yang lain.

Tarikh : 24 Februari 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Senaling
Peserta : 11 orang

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 11 orang ahli KOSPEN. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi latihan ICT,

   

Aktiviti

Peserta diajar menggunakan Microsoft Office untuk membuat minit mesyuarat serta diajar menggunakan Microsoft Power Point untuk membuat slide pembentangan. 

 

Gambar disini

Tarikh

:

18 November 2017 (Sabtu)

Masa

:

09.00 Pagi  – 2.00 Petang

Tempat

:

Pusat Internet 1Malaysia Kg Senaling

Hari dashboard komuniti telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kg Senaling. Dashboard digunakan sebagai satu medium untuk menyediakan pengisian kandungan maklumat kepada komuniti tempatan. Selain itu, ia memberi kebaikan kepada komuniti tempatan kerana dapat menyediakan tempat pemeriksaan tahap kesihatan komuniti setempat. Selain itu, komuniti juga dapat mengetahui maklumat komuniti secara terkini. 

 

Gambar disini