Tarikh

: 3 Ogos 2020

Masa

: 10:00 pagi – 12:00 tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kg Senaling

   

Tujuan :

Memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan fungsi yang terdapat di dalam laman Canva bagi menghasilkan poster secara mudah dan percuma.

Aktiviti

Menghasilkan poster dengan mengikut pada kreativiti masing-masing. Mereka boleh memuat turun poster yang telah siap dengan klik bahagian muat turun yang disediakan di laman ini.

Gambar disini

Peserta mengisi permohonan pekerjaan dan menjawab peperiksaan online di laman web rasmi https://www.spa.gov.my/spa/.

Aktiviti

Peserta mengisi maklumat secara atas talian dan memohonan pekerjaan di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan bantuan petugas.

Gambar disini

Tujuan

Memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan

   

Aktiviti

Menyediakan perkhidmatan mengisi borang nikah ini kepada bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan. Permohonan nikah boleh dibuat di laman web http://www.sppim.gov.my/sppim/home. Kepada bakal pengantin terutamanya sekitar Pekan Senaling & Kuala Pillah. Staff PI Senaling sedia membantu anda.

Tujuan

Memberi penerangan dan tunjuk ajar untuk mendaftar online banking bagi urusan harian seperti membayar bil, membuat belian atas talian dan lain-lain lagi. 

   

Aktiviti

Memberi pengenalan asas komputer & internet dan etika melayari laman sesawang. Memberi pendedahan kepada peserta tentang etika dan langkah keselematan ketika melayari laman sesawang serta memberi tunjuk ajar  asas dan juga menerangkan  fungsi - fungsi yang terdapat di dalam Online banking.

 

Tujuan

Mengadakan kelas KAFA dan pembentangan secara atas talian. 

   

Aktiviti

Memberi panduan untuk menggunakan aplikasi Google Meet. Para peserta hanya perlu ada akaun Gmail bagi menggunakan aplikasi ini. Google Meet memudahkan proses bertemu secara maya. Para peserta diajar langkah-langkah menggunakan aplikasi Google Meet ini.

Gambar disini